Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Limbang bakal terhubung sepenuhnya menerusi tiga projek jalan raya mega
  • Utara
  • WILAYAH

Limbang bakal terhubung sepenuhnya menerusi tiga projek jalan raya mega

Utusan Sarawak 1 day ago
NUBA LAYA...Dr Abdul Rahman kelihatan mengambil nasi yang dibungkus dalam daun khas atau Nuba Laya.

LIMBANG: Tiga projek rangkaian jalan raya utama yang menghubungkan Limbang, Miri, Sabah dan Brunei kini sedang giat dilaksanakan, sekali gus dijangka mengubah landskap infrastruktur utara Sarawak menjelang 2030.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, berkata projek tersebut melibatkan pembinaan Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR), Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) dan Lebuh Raya Trans Borneo.

Menurut beliau, projek-projek itu merupakan antara agenda utama pembangunan negeri bagi memperkukuh jaringan perhubungan dan mempercepatkan kemajuan kawasan Limbang dan Lawas.

“Tiga jalan utama sedang dibangunkan. Pertama, Rangkaian Jalan Raya Sarawak-Sabah (SSLR), kedua, Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) yang akan dirasmikan Premier Sarawak pada 1 November ini, dan ketiga ialah Lebuh Raya Trans Borneo dari Tedungan ke bandar Limbang.

KEMUNCAK KEMERIAHAN…Dr Abdul Rahman merakam gambar kenangan bersama pemenang pertandingan ratu cantik dan pahlawan Nuba Laya.

“Kesemua projek ini dijangka siap sepenuhnya antara tahun ini hingga 2030, dan apabila siap kelak, ia akan melengkapkan jaringan jalan raya moden di bahagian utara Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penangguhan Pesta Nuba Laya 2025 di Gelanggang Serbaguna Majlis Daerah Limbang (MDL), Batu Biah, semalam.

Tambah beliau, pelaksanaan projek berskala besar ini mungkin menimbulkan sedikit ketidakselesaan kepada penduduk setempat, namun kesulitan itu bersifat sementara dan perlu demi pembangunan jangka panjang.

“Saya mohon semua pihak bersabar dan memberi kerjasama kerana ini adalah projek transformasi yang akan membawa manfaat besar kepada rakyat, khususnya di Limbang dan Lawas,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa pembinaan infrastruktur jalan raya ini akan menjadi pemangkin perubahan sosioekonomi kawasan utara Sarawak serta memastikan keterhubungan yang lebih baik antara wilayah dan negeri-negeri jiran.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Tanah susur akibat hujan lebat, Dr Abdul Rahman tinjau dua kampung terjejas
Next: RM448,000 disalur kepada JKKK dan pelajar IPT di Song

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.