Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak ambil langkah proaktif hadapi risiko banjir tidak menentu
  • TEMPATAN

Sarawak ambil langkah proaktif hadapi risiko banjir tidak menentu

Utusan Sarawak 12 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika ditemui media selepas mendengar taklimat ringkas mengenai projek berkenaan di Jepak, Bintulu hari ini. Foto Carolyne Utih

BINTULU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) akan mengadakan mesyuarat khas sebagai persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL), kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, arahan akan dikeluarkan kepada semua jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah untuk bergerak segera sekali gus mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengurangkan risiko banjir.

“Banjir kini semakin tidak menentu dan perubahan iklim merupakan cabaran utama. Malah minggu lepas,banjir berlaku di Kanowit, Serian, Sibu dan beberapa kawasan lain.

“Apa yang penting sekarang adalah komitmen kita untuk bersiap sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan,” katanya ketika ditemui media selepas mendengar taklimat ringkas mengenai projek berkenaan di Jepak di sini, hari ini.

Menurut Uggah, mesyuarat khas itu akan meneliti semula mekanisme pengurusan bencana termasuk mengenal pasti kelemahan dari segi peralatan, kekuatan pasukan, telekomunikasi dan aspek lain.

Katanya, semua agensi terlibat perlu berada dalam keadaan siap siaga.

Mengulas mengenai bantuan wang ihsan mangsa banjir awal tahun ini, beliau memberitahu bahawa bantuan kepada mangsa yang menempati Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah pun disalurkan.

Bagi mangsa yang tidak berpindah, pejabat residen diarah membuat pengesahan bagi memastikan bantuan sampai kepada kumpulan sasaran.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memberi garis panduan dan kita akan patuhi sepenuhnya.

“Segala bayaran dan bantuan yang perlu akan disalurkan mengikut prosedur. Kita berharap penyelarasan ini dapat diselesaikan dalam masa yang singkat,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kemajuan projek jalan raya berkembar Bintulu terjejas akibat isu tanah
Next: Kemahiran menyelamatkan nyawa, tanggungjawab setiap individu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.