Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Angin kencang terbangkan bumbung bangsal nelayan di Tamu Ikan, Miri
  • KEMALANGAN

Angin kencang terbangkan bumbung bangsal nelayan di Tamu Ikan, Miri

Utusan Sarawak 12 hours ago
ROSAK…Keadaan bumbung bangsal penyimpanan bot nelayan di Tamu Ikan, Kampung Batu 1, Jalan Kuala Baram rosak selepas bumbungnya diterbangkan angin kencang dalam kejadian pagi tadi. Foto BBP Lutong

MIRI: Bangsal penyimpanan bot nelayan di Tamu Ikan, Kampung Batu 1, Jalan Kuala Baram di sini rosak teruk selepas bumbungnya diterbangkan angin kencang dalam kejadian pagi tadi.

Kejadian sekitar 8.20 pagi itu, penduduk kampung berasa cemas apabila melihat bumbung bangsal berkenaan beterbangan sebelum jatuh menimpa kawasan berhampiran.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

ROSAK…Keadaan bumbung bangsal penyimpanan bot nelayan di Tamu Ikan, Kampung Batu 1, Jalan Kuala Baram rosak selepas bumbungnya diterbangkan angin kencang dalam kejadian pagi tadi. Foto BBP Lutong

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati bumbung bangsal nelayan tersebut telah rosak akibat angin kencang.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan kerugian dianggarkan sekitar RM30,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Henry menambah, pasukan bomba hanya menjalankan pemantauan keselamatan di kawasan terbabit sebelum operasi ditamatkan pada 8.45 pagi.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pemandu lori cedera ringan, kemalangan kendiri di Jalan Tanjung Genting
Next: Penumpang wanita tersepit selepas kenderaan terbabas di tepi jalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.