Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • AADK Miri jayakan program antidadah bersama SK Sungai Seputi
  • PENDIDIKAN

AADK Miri jayakan program antidadah bersama SK Sungai Seputi

Utusan Sarawak 13 hours ago
JAUHI DADAH… Seramai 52 murid SK Seputi yang terlibat dalam program ini merangkumi murid prasekolah hingga Tahun 6 yang turut dihadiri oleh ibu bapa sebagai memberi memberikan sokongan kepada inisiatif berkenaan.

BAKONG: Agensi Antidadah Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri terus memperkukuh usaha pencegahan dadah dengan mengadakan ceramah dan pameran antidadah di kawasan luar bandar.

Setiap jemputan ke arah program pencegahan dadah tidak ditolak oleh AADK seperti yang telah dilakukan oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Seputi untuk menyempurnakan Minggu Program Antidadah sekolah tersebut, semalam.

Menurut kenyataan AADK Miri, pihak mereka amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan SK Sungai Seputi dalam usaha membentuk generasi bebas dadah.

“AADK juga mengalu-alukan jemputan daripada sekolah, institusi atau mana-mana pihak lain bagi menjayakan program pencegahan dadah di daerah ini,” katanya.

JAUHI DADAH… Seramai 52 murid SK Seputi yang terlibat dalam program ini merangkumi murid prasekolah hingga Tahun 6 yang turut dihadiri oleh ibu bapa sebagai memberi memberikan sokongan kepada inisiatif berkenaan.

Pada program itu, satu ceramah penting telah disampaikan dari Unit Pencegahan AADK Daerah Miri oleh Syahrul Abu Bakar.

Ceramah penting itu telah memberi penekanan kepada bahaya penggunaan dan penagihan dadah serta bahan terlarang di samping menggalakkan budaya gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.

Seramai 52 murid sekolah telah terlibat dalam program ini merangkumi murid prasekolah hingga Tahun 6.

Turut hadir ibu bapa yang memberikan sokongan kepada inisiatif berkenaan.

Oleh Adum Liu

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pendidikan kesihatan reproduktif remaja perlu penerimaan terbuka
Next: Insentif Pendidikan DUN Nangka terus diberi secara inklusif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.