Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki meninggal dunia, kejadian perahu lumba karam di Beladin
  • KEMALANGAN

Lelaki meninggal dunia, kejadian perahu lumba karam di Beladin

Utusan Sarawak 16 hours ago
KEJADIAN perahu lumba yang karam pada penganjuran regata sempena Karnival Beting Maro di Sungai Batang Saribas, dekat Beladin petang semalam.

BELADIN: Lelaki berusia 32 tahun dilaporkan lemas selepas perahu yang dinaikinya karam ketika menyertai acara regata sempena Karnival Beting Maro di Sungai Batang Saribas, dekat Beladin petang semalam.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Rejali Angong berkata kejadian berlaku sekitar 3.50 petang dan laporan rasmi telah diterima oleh Balai Polis Beladin.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan salah seorang pengayuh perahu tiba-tiba tenggelam ketika perahu karam.

“Usaha menyelamat segera dijalankan, namun mangsa gagal diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Rejali berkata mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) Beladin sejurus dibawa ke tebing sungai.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Betong oleh pihak polis untuk proses lanjut termasuk bedah siasat.

“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” ujarnya.

Rejali menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden ini demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa, selain turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang kehilangan insan tersayang.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Seorang maut, dua cedera parah, enjin bot meletup di Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.