Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ancaman keselamatan LNG Bintulu tidak jejas pasaran eksport Malaysia – PM Anwar
  • BISNES

Ancaman keselamatan LNG Bintulu tidak jejas pasaran eksport Malaysia – PM Anwar

Utusan Sarawak 2 days ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis perjumpaan bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sarawak di sebuah hotel di sini hari ini. Foto Bernama

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan operasi eksport gas asli cecair (LNG) di Bintulu tidak terjejas, meskipun terdapat isu keselamatan yang timbul baru-baru ini.

Anwar berkata setakat ini tiada penurunan dalam permintaan eksport LNG, kerana langkah kawalan keselamatan telah dilaksanakan sepenuhnya di kawasan strategik berkenaan.

“Setakat ini tidak timbul isu penurunan permintaan eksport. Ia dipandang serius kerana kawasan itu sangat strategik dan berbahaya jika berlaku ancaman.

“Apabila terdapat ugutan, Petronas memaklumkan kepada saya dan kita telah mengerahkan pasukan polis serta keselamatan untuk mengawal keadaan sepenuhnya,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sarawak di sini hari ini.

Media pada Isnin melaporkan kerajaan mengarahkan semua fasiliti LNG milik Petronas mengetatkan kawalan keselamatan serta-merta, susulan ugutan diterima seorang pegawainya di Bintulu bagi membolehkan siasatan segera dilakukan.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Abe Espeng bakal memikat selera pengunjung Pesta Benak 2025
Next: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.