Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 22 pasukan bakal berentap rebut gelaran Raja Sungai Benak Batang Lupar
  • TEMPATAN

22 pasukan bakal berentap rebut gelaran Raja Sungai Benak Batang Lupar

Utusan Sarawak 11 hours ago
SEBANYAK 22 pasukan bakal berentap merebut gelaran ‘Raja Sungai’ dalam Regata Benak Batang Lupar sempena Pesta Benak 2025 yang berlangsung dari 19 hingga 21 September ini.

SIMANGGANG: Sebanyak 22 pasukan bakal berentap merebut gelaran ‘Raja Sungai’ dalam Regata Benak Batang Lupar sempena Pesta Benak 2025 yang berlangsung dari 19 hingga 21 September ini.

Penganjuran kali ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM135,560, dengan hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 menanti juara utama iaitu gelaran ‘Raja Sungai Benak Batang Lupar’.

Antara acara yang menjadi tumpuan ialah perlumbaan bidar 10, 15, 20, 25 dan 30 bagi kategori ‘Raja Sungai’, manakala kategori ‘Raja Pecut’ mempertandingkan acara pecut bidar 15, 20, 25 dan 30. 

Turut diadakan ialah acara lumba benak yang dijangka menguji ketahanan dan kehebatan setiap pasukan.

Sesi mesyuarat bersama pengurus pasukan dan cabutan undi telah berlangsung di Pejabat Daerah Sri Aman hari ini, menandakan persiapan menuju ke kemuncak regata semakin rancak.

SESI mesyuarat bersama pengurus pasukan dan cabutan undi telah berlangsung di Pejabat Daerah Sri Aman hari ini. Foto: Jawatankuasa Pesta Benak 

Antara pasukan yang menghantar penyertaan kali ini adalah Legacy Bahak, Burung Garuda, Team Pancar Buraq Sakti, Waris Keris Terbang, Warisan Seberang, Lanun Dinara Cut, Team Pak Ajis, Todak Berjaya, Putera Todak, LAKW & LCHT, Landas Azam Kasihnya Warisan, Landas Cahaya Helang Tasik, King Paddle G.T dan Bujang Sigat.

Selain itu Mahkota Dewa Gedong, MRT Gedong, Deyok Itam, Barracuda, Puteri Dang Esah Tandang Sari, Datus United Puteri Lemanak Dang Kimochi, Datus United Puteri Lemanak Jang Spartan, dan Pusaka Burung Garuda.

Dengan reputasi Regata Batang Lupar sebagai acara ikonik Pesta Benak, persaingan merebut gelaran berprestij ini dijangka berlangsung sengit dan penuh warna-warni budaya sungai masyarakat tempatan.

Namun persoalannya, siapakah yang bakal dinobatkan gelaran ‘Raja Sungai Benak Batang Lupar’ bersempena penganjuran Pesta Benak yang memasuki edisi ke-22 kali ini? Nantikan debarannya di Tebingan Sri Aman pada 19 hingga 21 September nanti.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Anwar harap projek SSLR beri keselesaan untuk penduduk utara Sarawak
Next: U Mobile jalin kerjasama strategik dengan SACOFA perluas liputan 5G di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.