Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ancaman Fasiliti LNG: PDRM tunggu maklumat Polri berhubung indentiti pemilik nombor telefon
  • JENAYAH

Ancaman Fasiliti LNG: PDRM tunggu maklumat Polri berhubung indentiti pemilik nombor telefon

Utusan Sarawak 2 days ago
KETUA Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklumat Polis Republik Indonesia (Polri) mengenai identiti pemilik nombor telefon berdaftar di negara itu yang dikesan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) mengancam fasiliti gas asli cecair (LNG) di Bintulu, Sarawak.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata pihaknya telah berhubung dan meminta bantuan Polri untuk mengesan nombor telefon itu dan proses berkenaan dijangka mengambil sedikit masa.

“PDRM sedang bekerjasama dengan semua agensi di dalam negara berkaitan kes terbabit termasuk Petronas serta pasukan keselamatan negara jiran dan ia dilaksanakan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penutup Simposium Sains Forensik Kebangsaan untuk Penguatkuasaan Undang-Undang (NAFSLE) ke-6 di sini hari ini.

Selasa lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan ancaman terhadap fasiliti LNG di Bintulu itu diterima melalui SMS daripada nombor telefon yang berdaftar di Indonesia. 

Susulan ancaman yang diterima seorang petugas Petronas di Bintulu itu, kerajaan telah meningkatkan kawalan keselamatan di fasiliti LNG di Sarawak dan Sabah.– Bernama

Continue Reading

Previous: OCPD Dang Wangi cedera dibaling batu di Kampung Sungai Baru
Next: Three sudden death cases reported in Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.