Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • OCPD Dang Wangi cedera dibaling batu di Kampung Sungai Baru
  • JENAYAH

OCPD Dang Wangi cedera dibaling batu di Kampung Sungai Baru

Utusan Sarawak 2 days ago
KETUA Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman menerima rawatan selepas cedera di kepala dipercayai terkena balingan batu oleh individu tidak dikenali. Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman cedera di kepala dipercayai terkena balingan batu oleh individu tidak dikenali ketika mengawal keadaan dalam operasi pemotongan bekalan elektrik beberapa rumah di Kampung Sungai Baru, di sini hari ini.

Operasi berkenaan dijalankan susulan arahan mahkamah berhubung proses perobohan struktur rumah di kawasan itu.

Difahamkan, anggota polis yang bertugas turut mengarahkan penduduk yang berkumpul supaya bersurai, namun sebahagian daripada mereka enggan beredar dan terus melakukan provokasi.

Gambar kecederaannya turut tular di media sosial.

Timbalan Pengarah KDNKA (PGA) Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi berkata pihaknya bersedia mengatur gerak Pasukan Gerakan Am (PGA) sekiranya diperlukan bagi mengawal keadaan.

“Sekiranya kita menerima permintaan daripada kontinjen, semestinya PGA akan bantulah,” katanya pada sidang media selepas Ujian Rentas Halangan KDNKA di Markad Briged Tengah PGA, Cheras di sini. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 38 PATI ditahan dalam operasi bersepadu JIM dan JTK di Miri
Next: Ancaman Fasiliti LNG: PDRM tunggu maklumat Polri berhubung indentiti pemilik nombor telefon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.