
PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini mengadakan rakaman perutusan sempena Hari Malaysia 2025 bertempat di Astana Negeri pagi tadi.
Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut oleh Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri, Junih Salleh.

Sesi rakaman tersebut dikendalikan oleh pihak TV Sarawak (TVS) dengan kerjasama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).
Video perutusan Tun Wan Junaidi sempena Hari Malaysia dijangka ditayangkan di saluran TVS dan UKAS pada 15 September 2024.
Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah merakamkan penghargaan kepada pihak TVS dan UKAS atas kelancaran sesi rakaman yang diadakan.