Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Inkues Zara Qairina: Koroner, pihak terlibat lawat lokasi kejadian
  • MAHKAMAH

Inkues Zara Qairina: Koroner, pihak terlibat lawat lokasi kejadian

Utusan Sarawak 3 days ago

PROSIDING inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari keenam hari ini bermula dengan pihak-pihak yang terlibat melawat lokasi kejadian di bangunan asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, di sini. Foto BERNAMA

PAPAR: Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari keenam hari ini bermula dengan pihak-pihak yang terlibat melawat lokasi kejadian di bangunan asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, di sini.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan yang bertindak sebagai Koroner dalam prosiding inkues itu tiba pada 9.15 pagi bersama beberapa pihak terlibat.

Terdahulu, pegawai-pegawai pengendali inkues diketuai Timbalan Pendakwa Raya II Datuk Badius Zaman Ahmad tiba pada 8.29 pagi.

Pasukan Polis Forensik serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah turut kelihatan memasuki pekarangan kawasan sekolah sebelum menuju ke asrama terbabit.

Lawatan itu bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai insiden malang menimpa Allahyarham Zara Qairina.

Sesi itu dijangka mengambil masa masa dua hingga tiga jam, sebelum prosiding inkues diteruskan di Mahkamah Koroner di sini pada 2.00 petang.

Kira-kira 20 pengamal media turut berada di luar kawasan sekolah seawal 7.00 pagi, bagaimanapun media tidak dibenarkan memasuki di dalam kawasan sekolah.

Zara Qairina,13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.

Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4.00 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.

Lebih kurang dua jam, kesemua pihak yang terlibat dilihat meninggalkan kawasan sekolah pada 11.50 pagi.

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu yang juga saksi pertama dalam prosiding inkues turut hadir di lokasi kejadian.

Dr Hiu yang berkhidmat sebagai Pakar Patologi Forensik di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth sejak 1998 ialah seorang daripada empat pakar forensik yang melakukan autopsi ke atas remaja berusia 13 tahun itu pada 10 Ogos lepas.– Bernama

Continue Reading

Previous: Inkues Zara Qairina: Telefon awam asrama ditutup 2 hari selepas kejadian – Saksi
Next: Inkues Zara Qairina: AGC serah notis tunjuk sebab kepada aktivis Mona Din

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.