Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Jualan kenderaan Julai naik 13 peratus
  • BISNES

Jualan kenderaan Julai naik 13 peratus

Utusan Sarawak 5 years ago
JUMLAH jualan kereta pada Ogos 2020 dijangka akan dikekalkan pada tahap Julai 2020.

KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan di Malaysia meningkat 13 peratus kepada 57,552 unit pada Julai 2020 daripada 50,854 unit yang direkodkan dalam bulan yang sama tahun sebelumnya.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam satu kenyataan semalam mengaitkan prestasi tersebut dengan insentif pengecualian cukai jualan bagi kenderaan CKD dan CBU, kempen promosi yang agresif oleh syarikat kereta dan tempoh bekerja yang lebih panjang bagi bulan itu.

Berbanding dengan Jun, jumlah dagangan bagi bulan yang ditinjau menokok sebanyak 29 peratus.

Bagaimanapun, dari tahun ke tarikh, jualan bagi tempoh tujuh bulan telah menurun kepada 232,245 unit daripada 347,171 unit pada 2019.

Menurut MAA lagi, pengeluaran menurun kepada 47,631 unit pada bulan yang ditinjau daripada 48,912 unit yang dicatatkan semasa Julai 2019.  

“Jumlah jualan pada Ogos 2020 dijangka akan dikekalkan pada tahap Julai 2020 di belakang sokongan insentif pengecualian cukai jualan dan kempen promosi yang berterusan oleh syarikat-syarikat kereta,” kata MAA.

– Bernama

Continue Reading

Previous: MAHB pertingkat keusahawanan Bumiputera
Next: Usahawan wanita disarankan urus pendapatan harian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.