Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM6.45 juta diperuntuk naik taraf sekolah di Lundu – Billy Sujang
  • Selatan
  • WILAYAH

RM6.45 juta diperuntuk naik taraf sekolah di Lundu – Billy Sujang

Utusan Sarawak 3 days ago
BILLY Sujang hadir pada majlis Penangguhan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 Daerah Lundu yang diadakan di SMK Sematan, semalam. Foto UKAS

LUNDU: Sejumlah RM6.45 juta telah diperuntukkan untuk menambah baik kemudahan pendidikan di beberapa buah sekolah di kawasan Lundu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang, berkata peruntukan tersebut merangkumi RM400,000 bagi menaik taraf Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sematan, dan RM100,000 untuk kerja baik pulih gelanggang sukan bola tampar dan sepak takraw di sekolah berkenaan.

“SMK Lundu juga akan menerima manfaat peruntukan berjumlah RM950,000, manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Sebako akan dibangunkan semula dengan peruntukan RM5 juta bagi menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih kondusif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penangguhan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 Daerah Lundu yang diadakan di SMK Sematan, semalam.

Dalam ucapannya, Billy menegaskan bahawa Kembara Merdeka Jalur Gemilang bukan sekadar satu perjalanan fizikal, tetapi simbol perjuangan, kedaulatan, dan pengorbanan para pejuang kemerdekaan yang perlu terus dihargai oleh generasi kini.

“Jalur Gemilang yang kita kibarkan bukan hanya sehelai kain, tetapi lambang kemerdekaan dan maruah negara. Setiap rumah wajar mengibarkan bendera sebagai tanda cinta kepada tanah air,” ujarnya.

Beliau turut menggesa rakyat Sarawak agar terus mempertahankan keharmonian dan toleransi kaum yang menjadi kekuatan negeri ini, di samping mengingatkan generasi muda tentang cabaran masa kini seperti kemunculan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang memerlukan kesiapsiagaan bersama.

Kembara Merdeka Daerah Lundu tahun ini bermula seawal pagi dengan konvoi yang melalui beberapa lokasi utama termasuk Balai Bomba dan Penyelamat Lundu, SMK Lundu, SK Bumiputera, SJKC Chung Hua Lundu, CENTEXS Lundu, dan 0KM Telok Melano, sebelum berakhir di SMK Sematan sebagai lokasi majlis penangguhan.

Lebih 40 kenderaan daripada pelbagai agensi dan masyarakat setempat mengambil bahagian dalam konvoi berkenaan. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 150 warga SJKC Yuk Kung sertai program sekolah selamat bersama BBP Bintangor
Next: 300 bendera Jalur Gemilang dan Sarawak diedarkan semarak semangat patriotik di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.