Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Regata Baram 2025: 24 pasukan rebut gelaran Raja Sungai Baram 2025
  • SUKAN

Regata Baram 2025: 24 pasukan rebut gelaran Raja Sungai Baram 2025

Utusan Sarawak 3 days ago
DATUK Dr Penguang Manggil mengetuai Mesyuarat Penganjuran Regata Baram 2025 di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Marudi bagi membincangkan persiapan awal pengurusan acara serta pelaksanaan program sepanjang Regata Baram 2025. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Sungai Baram bakal berkocak kembaliapabila Regata Baram 2025 bakal berlangsung selama empat hari, bermula 18 hingga 21 September ini.

Acara sukan air dwitahunan itu bakal menyaksikan sebanyak 69 perahu daripada 24 pasukan berentap merebut gelaran Raja Sungai Baram 2025.

Daripada 24 pasukan yang bertanding,20 pasukan adalah dari kawasan Baram dengan 54 perahu, tiga pasukan dari kawasan lain di Sarawak membawa 14 perahu, manakala satu pasukan antarabangsadariBrunei Darussalam turut serta dengan sebuah perahu.

Secara keseluruhan, sebanyak 22 perlumbaan perahu kayuh akan dipertandingkan sepanjang regata ini.

Sementara itu, 10 pasukan akan mengambil bahagian dalam perlumbaan bot berkuasa tinggi bagi kategori perahu panjang 18 kuasa kuda, manakala 10 pasukan lagi akan bertanding dalam kategori bot terowong (tunnel boat) 30 kuasa kuda 2 silinder.

Bagi kategori 50 kuasa kuda bot terowong (tunnel boat) sebanyak enam pasukan mengambil bahagian iaitu Pasukan Triple Z 83, Triple Z 47, RJ 93, Barracuda, Black Mamba 87 (Brunei) dan Pewaris 783 (Limbang)

Pada sebelah malam akan diadakan persembahan kebudayaan pelbagai etnik dengan acara kemuncak Pertandingan Ratu Baram Regata 2025.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Pengerusi Pengelola Regata Baram 2025, Datuk Dr Penguang Manggil berharap semangat kerjasama dan komitmen tinggi daripada semua jawatankuasa amat dihargai demi memastikn Regata Baram 2025 berjalan lancar, meriah dan penuh bermakna untuk semua komuniti.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai Mesyuarat Jawatankuasa Penganjuran Regata Baram 2025  di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Marudi baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala, Ahli Parlimen Baram Dato Anyi Ngau dan Residen Bahagian Miri, Galong Luang.

Oleh Jiku Juguong

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Haaland sumbat lima gol, ketika Norway belasah Moldova 11-1
Next: Piala Asia: Pukulan sudut penalti bantu Speedy Tigress benam Singapura 5-1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.