Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes jenayah di Bintulu meningkat, tapi masih terkawal – PDRM Sarawak
  • JENAYAH

Kes jenayah di Bintulu meningkat, tapi masih terkawal – PDRM Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
DCP Saifullizan Ishak berucap merasmikan Sesi Dialog Kontinjen Sarawak 2025 di Auditorium Tanjung Kidurong, Lembaga Pelabuhan Bintulu hari ini.

BINTULU: Daerah Bintulu mencatat peningkatan kes jenayah indeks bagi tempoh Januari hingga Ogos 2025 dengan 455 kes direkodkan berbanding 315 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak berkata, walaupun berlaku peningkatan, keadaan keseluruhan jenayah di Bintulu masih terkawal, mengambil kira kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk di kawasan itu.

ANTARA pempamer yang mengambil bahagian program Sesi Dialog Kontinjen Sarawak 2025 di Auditorium Tanjung Kidurong, Lembaga Pelabuhan Bintulu hari ini.

“Keadaan jenayah di Daerah Bintulu masih terkawal walaupun terdapat peningkatan kes, terutama kerana peningkatan tersebut banyak melibatkan jenayah kecil seperti kecurian selipar di masjid dan kecurian buah kelapa sawit,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sesi Dialog Kontinjen Sarawak 2025 yang berlangsung di Auditorium Tanjung Kidurong, Lembaga Pelabuhan Bintulu hari ini.

Saifullizan menjelaskan bahawa statistik jenayah indeks turut merangkumi laporan kes-kes kecil, yang turut menyumbang kepada peningkatan angka secara keseluruhan.

Sementara itu, Sarawak mencatatkan penurunan jumlah keseluruhan jenayah dengan 3,211 kes direkodkan dari Januari hingga Ogos 2025, berbanding 3,570 kes dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Dalam aspek narkotik, katanya, PDRM Sarawak telah menahan seramai 7,799 individu dengan jumlah rampasan dadah melebihi RM23 juta setakat Ogos 2025, angka yang menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

ANTARA pempamer yang mengambil bahagian program Sesi Dialog Kontinjen Sarawak 2025 di Auditorium Tanjung Kidurong, Lembaga Pelabuhan Bintulu hari ini.

Bagi Daerah Bintulu pula, sebanyak 560 tangkapan berkaitan dadah direkodkan dengan nilai rampasan sebanyak RM24,032, menurun berbanding 706 tangkapan dan rampasan RM585,614 pada tempoh sama tahun lepas.

Saifullizan turut menekankan pentingnya peranan aktif masyarakat dalam membantu pihak polis membanteras jenayah.

“Masyarakat perlu menjadi mata dan telinga polis. Usaha membanteras jenayah tidak boleh diserahkan kepada PDRM semata-mata,” katanya.

“Jangan mudah terpedaya dengan Macau Scam atau tawaran pelaburan palsu. Semua orang, tanpa mengira latar belakang, berisiko menjadi mangsa,” tegasnya sambil menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika berurusan secara dalam talian, terutama melibatkan transaksi kewangan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pegawai Petronas terima ugutan, polis perketat kawalan di Fasiliti LNG Bintulu
Next: Polis buru individu kirim mesej ugutan kepada Pegawai Petronas – Pengarah JSJ

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.