Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lawatan pertama delegasi Sarawak ke Jabatan Pendidikan di London
  • SEMASA

Lawatan pertama delegasi Sarawak ke Jabatan Pendidikan di London

Utusan Sarawak 3 days ago
LAWATAN PERTAMA… Datuk Rosey Yunus dan delegasi ketika lawatan pertama ke Jabatan Pendidikan (DfE), Bangunan Sanctuary, Great Smith Street, London, England, semalam.

LONDON: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Awal dan Kesejahteraan Komuniti Sarwak, Datuk Rosey Yunus, mengetuai delegasi dari Sarawak dalam satu lawatan kajian ke London semalam, bertujuan memperkukuh Pembangunan Awal Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti.

Dalam kenyataan kepada Utusan Sarawak hari ini, Rosey memaklumkan bahawa lawatan kerja ke United Kingdom itu berlangsung dari 6 hingga 14 September.

Katanya, lawatan ini sejajar dengan aspirasi Sarawak untuk mencapai status negeri maju menjelang 2030, dengan fokus memperkukuh usaha ke arah keterangkuman sosial melalui perkongsian amalan terbaik peringkat antarabangsa, pembinaan kerjasama strategik, serta penyokong pembangunan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti tinggi, berdaya saing dan inklusif.

“Tiga objektif utama lawatan kajian ini adalah memahami amalan terbaik dalam Pendidikan Dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak (ECCE) mendalami dasar, operasi dan pelaksanaan pendidikan awal kanak-kanak di London dengan penekanan kepada pendidikan inklusif serta pembelajaran berasaskan terapi.

“Memperkukuh jaringan dan kolaborasi penyelidikan, membangun serta mengukuhkan rangkaian kerjasama penyelidikan bagi menggalakkan pengajaran berasaskan penyelidikan dan amalan ECCE berasaskan bukti.

“Meneroka pendekatan inovatif dalam ECCE, mengenal pasti peluang inisiatif bersama yang mengintegrasikan pendidikan berasaskan komuniti dan alam semula jadi ke arah pembangunan menyeluruh Kanak-kanak,” jelasnya.

Sehubungan itu, melalui lawatan ini, Sarawak berhasrat memastikan setiap lapisan masyarakat menikmati taraf hidup yang lebih baik dengan penyampaian perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak yang inklusif dan mampan.

Lawatan pertama semalam adalah ke Jabatan Pendidikan (DfE) yang terletak di Bangunan Sanctuary, Great Smith Street, London, England.

Delegasi ini turut disertai Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Awal dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datu Felicia Tan Ya Hua, Ketua Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak kementerian, Salina Bujang, empat pegawai kanan kementerian serta seorang wakil daripada SeDidik Sdn. Bhd.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tiada gangguan bekalan LNG ketika ini di kemudahan Bintulu – Petronas
Next: Perkasa sistem pendidikan awal kanak-kanak Sarawak melalui lawatan strategik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.