Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Dewan Perniagaan Cina Sandakan perluas jaringan ke Sarikei
  • BISNES

Dewan Perniagaan Cina Sandakan perluas jaringan ke Sarikei

Utusan Sarawak 1 month ago
CENDERAMATA…..Presiden Dewan Perniagaan Cina Sandakan, Chia Hock Ak (kiri) menerima cenderamata daripada Setiausaha Dewan Perniagaan Cina Sarikei, Kapitan Law Ing Liong dan disaksikan oleh Penghulu Huang Tiong Kang. 

SARIKEI: Kunjungan hormat rombongan Dewan Perniagaan Cina Sandakan ke daerah ini disambut mesra dalam usaha mengukuhkan hubungan dua hala serta membuka ruang kerjasama perdagangan antara kedua-dua pihak.

Rombongan yang diketuai Presiden Dewan Perniagaan Cina Sandakan, Chia Hock Ak melibatkan seramai 10 ahli jawatankuasa. 

Mereka diraikan dalam satu jamuan tengah hari anjuran Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii semalam. 

Tiong Sii yang diwakili oleh Penghulu Huang Tiong Kang, berkata lawatan seumpama ini berperanan penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama ekonomi antara Sarikei dan Sandakan.

Katanya, menerusi hubungan baik tersebut, kedua-dua pihak dapat berkongsi pengalaman, memperluas peluang perniagaan dan mengeratkan silaturahim antara komuniti perniagaan di Sarikei dan Sandakan, Sabah. 

Turut hadir ialah Setiausaha Dewan Perniagaan Cina Sarikei, Kapitan Law Ing Liong. 

Oleh Earl Anek 

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi
Next: KWSP fokus bina semula simpanan pencarum selepas RM145 bilion dikeluarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.