Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Generasi muda pacu inovasi di Pameran Saintis Masa Depan
  • PENDIDIKAN

Generasi muda pacu inovasi di Pameran Saintis Masa Depan

Utusan Sarawak 3 days ago
PARA pemenang Pertandingan Cabaran Inovator Muda (YIC) dan Inovasi Junior (JI) 2025 Zon Utara Sarawak melabuhkan tirai semalam sempena Pameran Inovator Zon Utara Sarawak: Saintis Masa Depan.

MIRI: Pertandingan Cabaran Inovator Muda (YIC) dan Inovasi Junior (JI) 2025 Zon Utara Sarawak melabuhkan tirai semalam sempena Pameran Inovator Zon Utara Sarawak: Saintis Masa Depan yang diadakan di sini, mempamerkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah pelajar sekolah rendah dan menengah.

Lebih 91 pelajar bersama 40 guru dari 24 sekolah menyertai pertandingan ini yang dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) serta Chumbaka Sdn Bhd sebagai rakan teknikal.

PERTANDINGAN Cabaran Inovator Muda (YIC) dan Inovasi Junior (JI) 2025 Zon Utara Sarawak melabuhkan tirai semalam sempena Pameran Inovator Zon Utara Sarawak: Saintis Masa Depan.

Tema pertandingan JI tahun ini ialah Permainan Membawa Perubahan: Keadilan dan Kedamaian yang mencerminkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 16, manakala YIC mengetengahkan tema kecerdasan buatan (AI) untuk kebaikan sosial dengan fokus kepada penyelesaian berasaskan AI.

Penolong Pengurus Digital Next Gen SDEC, Natashya Evaristus berkata pertandingan ini membuktikan keupayaan pelajar untuk mencipta penyelesaian inovatif walaupun berdepan cabaran seperti kekangan internet di kawasan luar bandar.

“Sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, SDEC komited untuk melahirkan bakat digital di seluruh komuniti.

“Anak muda kita menunjukkan visi dan ketahanan untuk membina Sarawak yang lebih inovatif,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

PARA pemenang Pertandingan Cabaran Inovator Muda (YIC) dan Inovasi Junior (JI) 2025 Zon Utara Sarawak melabuhkan tirai semalam sempena Pameran Inovator Zon Utara Sarawak: Saintis Masa Depan.

Pemenang pingat emas utama bagi JI ialah Ahmad Idham Muhammad Ahzam, 12, dan Muhammad Afi Khairi Danish Mohammad Hafizan, 10, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Trusan melalui projek permainan pendidikan Peace Fighter yang mengajar pelajar mengatasi halangan ketika ke sekolah.

Bagi kategori YIC, pingat emas utama dimenangi pasukan Hopecore dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong, Miri, dengan projek Signify, iaitu penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk membantu pelajar pekak berkomunikasi dengan guru dan rakan mereka melalui pengecaman imej.

PARA pemenang Pertandingan Cabaran Inovator Muda (YIC) dan Inovasi Junior (JI) 2025 Zon Utara Sarawak melabuhkan tirai semalam sempena Pameran Inovator Zon Utara Sarawak: Saintis Masa Depan.

Tiga pasukan terbaik bagi JI akan bertanding di Peringkat Akhir Sarawak pada 27 September ini di Makeramai Makerspace Kuching, manakala tiga pasukan terbaik YIC akan merebut tempat ke Kejohanan Akhir Kebangsaan pada 13 hingga 17 November ini di Kuala Lumpur.

PARA pemenang Pertandingan Cabaran Inovator Muda (YIC) dan Inovasi Junior (JI) 2025 Zon Utara Sarawak melabuhkan tirai semalam sempena Pameran Inovator Zon Utara Sarawak: Saintis Masa Depan.

Pertandingan ini bukan sahaja meraikan inovasi malah membina kemahiran penting seperti kerjasama, pemikiran kritis dan daya tahan yang bakal mempersiapkan pelajar menghadapi kerjaya masa depan.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: SDIH anjur bengkel asas seni DJ, 21 September ini
Next: YSISS bukan untuk golongan elit – Dr. Annuar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.