Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SDIH anjur bengkel asas seni DJ, 21 September ini
  • PENDIDIKAN

SDIH anjur bengkel asas seni DJ, 21 September ini

Utusan Sarawak 3 days ago
ORANG ramai yang berminat boleh mengimbas kod QR pada poster program untuk pendaftaran.

SIBU: Hab Inovasi Digital Sibu (SDIH) akan menganjurkan Siri Bengkel Kreatif: Bengkel Asas DJ di The Great Hall pada 21 September ini.

Bengkel sehari tersebut akan diadakan dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Empat tenaga pengajar yang akan membimbing peserta ialah Deejay App, Deejay Steph, Deejay Sotong dan Deejay Losan.

Menurut penganjur, bengkel ini memberi peluang kepada peserta mempelajari asas seni DJ termasuk teknik mencampur muzik dan menggores cakera.

Pendaftaran adalah percuma dan hanya dibuka kepada 25 peserta sahaja.

Peserta turut diminta membawa komputer riba masing-masing bagi sesi praktikal.

Mereka yang berminat boleh mengimbas kod QR yang disediakan untuk membuat pendaftaran sebelum tempat dipenuhi.

Program ini dianjurkan oleh SDIH dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Confinity Digital Group Sdn Bhd dan The Stage.

Oleh Tarani Lanting

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: TVET teras pembangunan negara menjelang 2030
Next: Generasi muda pacu inovasi di Pameran Saintis Masa Depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.