Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kuching disenaraikan di bawah program Bonus Side Trip Malaysia Airlines
  • SEMASA

Kuching disenaraikan di bawah program Bonus Side Trip Malaysia Airlines

Utusan Sarawak 11 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) hari ini mengumumkan Kuching telah dimasukkan sebagai destinasi kelapan di bawah program Bonus Side Trip (BST) Malaysia Airlines yang merupakan satu-satunya destinasi di Borneo tersenarai dalam inisiatif berkenaan.

Dalam satu kenyataan, STB berkata program BST yang ditawarkan khas oleh Malaysia Airlines membolehkan pelancong antarabangsa yang terbang ke Malaysia menggunakan tiket antarabangsa menambah satu destinasi domestik tanpa bayaran tambang tambahan dan hanya perlu membayar cukai berkaitan.

“Kemasukan Kuching dalam program BST Malaysia Airlines mencerminkan kerjasama kukuh yang telah kami bina dengan Malaysia Aviation Group sejak menandatangani Memorandum Persefahaman pada 2024,” kata Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Salleh.

Beliau berkata pencapaian itu menunjukkan bagaimana kerjasama dengan syarikat penerbangan nasional dapat membuka peluang sebenar untuk Sarawak, dengan memudahkan pelancong antarabangsa memasukkan negeri itu dalam perjalanan mereka.

“Melalui inisiatif ini, Sarawak sedang memperluas capaian antarabangsa dan mengukuhkan komitmennya terhadap pertumbuhan pelancongan mampan sambil kita bersiap sedia untuk Tahun Melawat Malaysia 2026,” tambahnya.

STB berkata penyertaan Kuching dalam program itu meletakkan Sarawak sebagai pintu masuk utama ke Borneo dengan menonjolkan kekayaan budaya, keindahan alam semula jadi, keunikan gastronomi dan festival bertaraf antarabangsa seperti Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF).

Sempena MATTA Fair Kuala Lumpur yang bermula hari ini hingga 7 September, Sarawak turut mengetengahkan tarikannya melalui 19 pempamer, persembahan kebudayaan, demonstrasi secara langsung dan tawaran pelancongan eksklusif di pavilionnya di MITEC.

–Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Taman Negara Bako antara tiga kawasan perlindungan di Malaysia diiktiraf Taman Warisan ASEAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.