Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak 2025, meriah di Petra Jaya
  • HIBURAN

Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak 2025, meriah di Petra Jaya

Utusan Sarawak 9 hours ago
TINJAUAN MESRA….Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah meninjau gerai pameran sambil beramah mesra dengan pengunjung sempena Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak 2025 di Dataran Perayaan, Petra Jaya hari ini. Foto: Shikin Mahmud

PETRA JAYA: Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak 2025 kembali memeriahkan Dataran Perayaan, Petra Jaya dengan lebih 100 kiosk dan pameran melibatkan pelbagai sektor termasuk makanan, kraf, perbankan, kesihatan dan hiburan keluarga.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran Jom Heboh bukan sahaja menjadi tarikan keluarga, malah memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat, membuka akaun bank, membuat pemeriksaan kesihatan serta menikmati pelbagai pilihan kulinari tempatan dan moden.

“Program sebegini umpama pusat sehenti. Bukan sekadar tempat hiburan, tetapi ruang untuk masyarakat mendapatkan pelbagai kemudahan sambil beriadah bersama keluarga,” katanya ketika ditemui pada sesi tinjauan mesra di tapak karnival Jom Heboh, hari ini.

TINJAUAN MESRA….Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah meninjau gerai pameran sambil beramah mesra dengan pengunjung sempena Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak 2025 di Dataran Perayaan, Petra Jaya hari ini. Foto: Shikin Mahmud

Beliau berharap warga Kuching, Samarahan dan sekitar dapat memanfaatkan tiga hari penganjuran bermula hari ini sehingga Ahad ini, yang bakal menampilkan konsert besar-besaran pada malam penutup melibatkan artis terkenal tanah air.

Menurut beliau, karnival ini juga memberi impak positif kepada usahawan tempatan melalui peningkatan jualan serta membuka peluang memperkenalkan produk kepada lebih ramai pengunjung.

TINJAUAN MESRA….Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah meninjau gerai pameran sambil beramah mesra dengan pengunjung sempena Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak 2025 di Dataran Perayaan, Petra Jaya hari ini. Foto: Shikin Mahmud

“Kementerian dan kerajaan Sarawak amat mengalu-alukan inisiatif Media Prima dan TV3 dalam menganjurkan karnival seperti ini kerana ia menyokong industri pelancongan, hospitaliti dan keusahawanan tempatan,” ujarnya.

Selain hiburan, beliau menegaskan pengisian program turut merangkumi elemen keagamaan bersempena sambutan Maulidur Rasul malam ini, sekali gus menjadikan Jom Heboh platform yang inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Eksklusif: RaaFiiKii kembali ukir cerita di Festival Muzik Borderland 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.