Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Guru perlu tingkatkan kualiti dan bersedia hadapi cabaran pendidikan
  • PENDIDIKAN

Guru perlu tingkatkan kualiti dan bersedia hadapi cabaran pendidikan

Utusan Sarawak 9 hours ago
JOHNNY Pang menyampaikan anugerah kepada seorang guru pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Kualiti Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu 2024, semalam.

BINTULU: Guru perlu sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan dan bersedia menghadapi cabaran pendidikan yang semakin dinamik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, perubahan dan penambahbaikan dalam pendidikan berlaku pantas, justeru setiap guru perlu membuat persediaan rapi sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

“Pendidikan merupakan satu bidang yang semakin mencabar dan sangat bersifat dinamik.

“Perubahan dan penambahbaikan berlaku dengan pantas demi memenuhi keperluan dalam mendidik murid-murid di sekolah.

“Nescaya saya yakin, setiap orang guru perlu membuat persediaan yang rapi setiap kali ingin memulakan proses pengajaran dan pembelajaran bersama anak murid masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Kualiti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu 2024 di sebuah hotel di sini, semalam.

 JOHNNY Pang bersama para penerima anugerah, pegawai serta timbalan pegawai pendidikan merakam gambar kenangan selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Kualiti Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu 2024, semalam.

Beliau menjelaskan, majlis itu bukan sahaja meraikan penerima anugerah, malah menjadi simbol penghargaan terhadap kegigihan warga pendidik.

“Majlis hari ini bukan sahaja memberikan pengiktirafan kepada setiap yang hadir disini, malah ia menjadi simbol penghargaan terhadap segala kegigihan, ketekunan dan kecekapan warga pendidik dalam melaksanakan amanah yang begitu mulia iaitu mendidik anak bangsa,” katanya.

Tegas beliau, kualiti adalah satu keperluan dalam profesion perguruan, bukan lagi pilihan.

“Tanpa kualiti, perkhidmatan akan menjadi pudar, rutin menjadi beban dan hasilnya tidak mencapai tahap optimum.

“Maka, sebab itulah Anugerah Kualiti yang turut kita raikan disini adalah sesuatu yang sangat signifikan.

“Cemerlang dan kualiti adalah gandingan dua elemen yang perlu ada pada seorang cikgu yang berjiwa guru,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 34 pesara dan bakal pesara 2025 turut diraikan sebagai menghargai jasa serta sumbangan mereka dalam dunia pendidikan.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Modul Kenyalang Cemerlang SPM 2025 bakal perkasa subjek Bahasa Iban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.