Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Ratu Maori New Zealand buat penampilan awam pertama, kenang ayahanda
  • INSPIRASI

Ratu Maori New Zealand buat penampilan awam pertama, kenang ayahanda

Utusan Sarawak 10 hours ago
RATU Maori New Zealand Te Arikinui Nga Wai Hono i te po, hari ini menamatkan tempoh berkabung selama setahun dan mengumumkan dua inisiatif bagi membantu rakyatnya.

WELLINGTON: Ratu Maori New Zealand Te Arikinui Nga Wai Hono i te po, hari ini menamatkan tempoh berkabung selama setahun dan mengumumkan dua inisiatif bagi membantu rakyatnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Monarki Maori itu membuat kenyataan awam pertamanya selepas tempoh berkabung tradisional setahun berikutan kemangkatan ayahandanya, Raja Tuheitia Pootatau Te Wherowhero.

Te Arikinui memulakan ucapannya dengan mengiktiraf kehadiran kerabat diraja Pasifik dan ketua-ketua suku pada acara yang dikenali sebagai koroneihana tuatahi (ulang tahun pertama pertabalan).

RATU Maori New Zealand Te Arikinui Nga Wai Hono i te po, hari ini menamatkan tempoh berkabung selama setahun dan mengumumkan dua inisiatif bagi membantu rakyatnya.

Beliau turut memberi penghormatan kepada ayahandanya dengan mengumumkan dua inisiatif berasaskan visinya untuk membantu masyarakat Maori mencapai kebebasan ekonomi.

“Kini 2025, kita perlu berhenti membiarkan kuasa luar menghalang kita. Kita perlu melangkah di jalan baharu. Kita perlukan hala tuju baharu,” katanya dalam bahasa Maori (te reo Maori).

“Ayahanda saya tidak sempat menyaksikan kesempurnaan visinya, dan saya akan berusaha memastikan kemajuan yang diperjuangkannya tidak terhenti.”

RATU Maori New Zealand Te Arikinui Nga Wai Hono i te po, hari ini menamatkan tempoh berkabung selama setahun dan mengumumkan dua inisiatif bagi membantu rakyatnya.

Satu sidang kemuncak pelaburan ekonomi masyarakat pribumi akan diadakan, dan platform pelaburan yang dimiliki dan dikawal Maori akan dilancarkan.

Para pengikutnya juga diseru supaya “pulang dengan selamat ke rumah masing-masing serta menghayati identiti Maori setiap hari dan menjalani kehidupan sebagai pengemudi utama,” kata Te Arikinui.

Gerakan Kiingitanga (pergerakan Raja Maori) diasaskan pada 1858 dengan tujuan menyatukan masyarakat Maori di bawah seorang pemerintah berdaulat. Walaupun monarki Maori tidak mempunyai kuasa perundangan, institusi itu memainkan peranan simbolik dan budaya sebagai penyatu serta mempunyai pengaruh nasional.

-Bernama

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Cabaran ‘Iron Butt’ jelajah 1,600 km dalam 24 jam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.