Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 78,883 lepasan STPM, setaraf ditawarkan ke universiti awam menerusi UPUOnline
  • PENDIDIKAN

78,883 lepasan STPM, setaraf ditawarkan ke universiti awam menerusi UPUOnline

Utusan Sarawak 12 hours ago
GAMBAR hiasan.

PUTRAJAYA: Sebanyak 78,883 calon lepasan Matrikulasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta Diploma atau setaraf ditawarkan tempat melanjutkan pelajaran ke universiti awam menerusi sistem UPUOnline tahun ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan jumlah calon yang berjaya mendapat tempat ialah 71.80 peratus daripada jumlah keseluruhan 109,866 permohonan diterima sistem itu.

KPT memaklumkan 1,132 program pengajian Ijazah Sarjana Muda ditawarkan dengan pemilihan pelajar dibuat berasaskan prinsip meritokrasi iaitu menyusun calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

Calon tidak berjaya mendapatkan tawaran tempat pengajian boleh membuat rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari bermula 12.00 tengah hari ini hingga 5.00 petang 14 September ini. 

“KPT mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya,” menurut kenyataan itu.

-Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: 1,300 peserta sertai Malaysia Techlympics 2025 Zon Sarawak
Next: Modul Kenyalang Cemerlang SPM 2025 bakal perkasa subjek Bahasa Iban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.