Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bekas Menteri Pendidikan Indonesia dinamakan suspek kes rasuah 
  • GLOBAL

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia dinamakan suspek kes rasuah 

Utusan Sarawak 20 hours ago

Nadiem Makarim

JAKARTA: Pejabat Peguam Negara Indonesia (AGO) pada Khamis menamakan bekas Menteri Pendidikan, Nadiem Makarim sebagai suspek dalam kes rasuah yang didakwa menyebabkan kerugian negara sebanyak 1.9 trilion rupiah (AS$120 juta).

Kes itu berkaitan dengan perolehan komputer riba di bawah program pendigitalan seluruh negara, dasar utama yang diperkenalkan semasa tempoh perkhidmatan Nadiem.

“Bukti mencukupi untuk menamakan bekas menteri itu sebagai suspek telah dikumpulkan,” kata Pengarah Penyiasatan Jenayah Khas AGO, Nurcahyo Jungkung Madyo.

Nadiem didakwa di bawah Undang-Undang Pembanterasan Rasuah 1999 dan Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup kerana menyebabkan kerugian negara dan menyalahgunakan dana awam. – BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: Pereka fesyen terkemuka Itali, Giorgio Armani meninggal dunia pada usia 91 tahun
Next: Dua rakyat Korea terbunuh dalam nahas kereta api di Portugal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.