Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Lawas tangkap anak biawak sembunyi di siling rumah penduduk
  • Utara
  • WILAYAH

APM Lawas tangkap anak biawak sembunyi di siling rumah penduduk

Utusan Sarawak 1 day ago
TANGKAP BIAWAK… APM Lawas berjaya menangkap anak biawak di atas siling rumah penduduk menggunakan penjerut.

LAWAS: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lawas mengambil masa hampir sejam untuk menangkap seekor anak biawak yang berada di atas siling sebuah rumah penduduk di Kampung Baru, Sundar, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lawas Leftenan (PA) Maradona Tatah berkata seramai empat anggota diketuai Lan koperal (PA) Christopher Musa terlibat dalam operasi menangkap reptilia tersebut.

Dalam kejadian sekitar 9.00 pagi itu, anak biawak berkenaan dikesan masuk ke dalam rumah seorang penduduk dan menyorok di dalam siling sebelum mereka menghubungi APM Lawas untuk mendapatkan bantuan.

 “Setibanya di lokasi yang jauhnya 25 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah Lawas mendapati seekor anak biawak berada di dalam siling rumah penduduk.

“ Pihak APM meminta kebenaran tuan rumah untuk membuka siling agar dapat menangkap anak biawak tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya anak biawak berjaya di tangkap dengan teknik penjerut.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dato Wee Hong Seng slams DAPSY for cheap publicity
Next: Separuh Jalan Pesisiran Pantai Bekenu ditutup sementara, 10-21 September ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.