

IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong di sini telah melaksanakan Op Khas Perdagangan yang berjaya menahan empat lori muatan kayu balak berbahaya semalam.
MERADONG: Dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong di sini telah melaksanakan Op Khas Perdagangan yang berjaya menahan empat lori muatan kayu balak berbahaya semalam.
Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering, berkata operasi ini memberi fokus kepada penguatkuasaan undang-undang berkaitan muatan kenderaan perdagangan yang berlebihan dan berisiko membahayakan pengguna jalan raya.
“Operasi diketuai oleh Insp Rizal Md Isa bersama anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Meradong. Kami menahan lori-lori yang membawa muatan melebihi had dibenarkan di Jalan Bintangor–Sibu dan Jalan Kelupu, Bintangor,” jelas beliau.
Empat saman telah dikeluarkan terhadap pemandu lori atas kesalahan membawa muatan secara berbahaya yang boleh mengancam keselamatan semua pengguna jalan raya.


IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong di sini telah melaksanakan Op Khas Perdagangan yang berjaya menahan empat lori muatan kayu balak berbahaya semalam.
DSP Tansli turut menegaskan bahawa pihak polis akan terus mempergiatkan operasi seumpama ini untuk memastikan pengusaha dan pemandu lori sentiasa mengutamakan aspek keselamatan.
“Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Kami menggesa semua pemandu supaya tidak mengambil mudah dan sentiasa mematuhi undang-undang demi melindungi nyawa semua pengguna jalan,” ujarnya.