Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Generasi muda perlu diperkasa dengan kemahiran digital
  • Tengah
  • WILAYAH

Generasi muda perlu diperkasa dengan kemahiran digital

Utusan Sarawak 4 days ago
UCAPAN… Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab berucap pada program Jom Klik (Pendigitalan Sekolah) bertempat di SK Sungai Selidap, hari ini. Foto Pusat

TANJUNG MANIS: Generasi muda perlu diperkasa dengan kemahiran digital agar mampu bersaing di era teknologi maklumat yang kian pantas, kata Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab. 

Katanya, kehidupan hari ini amat bergantung kepada kemahiran digital sama ada dalam pembelajaran, pekerjaan atau kehidupan harian.

“Kita sedang berada dalam era teknologi maklumat yang bergerak pantas. Oleh sebab itu, usaha sekolah menganjurkan program Jom Klik ini amatlah bertepatan dengan aspirasi negara untuk melahirkan generasi celik digital, kreatif serta bersedia menghadapi cabaran masa depan,” katanya ketika merasmikan program Jom Klik (Pendigitalan Sekolah) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Selidap, hari ini. 

Tambahnya, melalui program pendigitalan sekolah seperti ini murid-murid dapat menguasai kemahiran abad ke-21 dengan lebih mantap, iaitu kemahiran berfikir aras tinggi, komunikasi, kolaborasi dan kreativiti.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada guru, pihak pengurusan sekolah, ibu bapa serta masyarakat setempat yang terus menyokong usaha pendigitalan pendidikan.

“Program ini pastinya tidak akan berjaya tanpa kerjasama erat daripada semua pihak. 

“Justeru, saya menggesa agar ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat terus menyokong usaha ini, sama ada dengan menyumbang idea, tenaga atau sekadar memberi semangat kepada anak-anak kita,” katanya.

SELAMAT DATANG… Yusuf Abd Wahab hadir bagi merasmikan program Jom Klik (Pendigitalan Sekolah) di SK Sungai Selidap.
Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis

Yusuf dalam pada itu turut mengingatkan agar penggunaan teknologi digital disalurkan ke arah kebaikan dan tidak disalahgunakan untuk aktiviti yang merugikan seperti judi dalam talian, penyebaran berita palsu atau perkara menyalahi undang-undang.

Beliau menggesa ibu bapa agar sentiasa memantau perkembangan anak-anak dalam era digital supaya teknologi digunakan secara beretika dan berhemah.

Seiring perkembangan pendidikan digital di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan platform seperti sistem bersepadu KPM (MOEIS)  dan pelantar Delima untuk menyokong pengurusan data serta penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak. 

Namun, sebahagian ibu bapa masih kurang jelas tentang fungsi serta kepentingan platform ini, justeru program Jom Klik dijadikan wadah memberi pendedahan dan bimbingan secara langsung.

Objektif utama program ini termasuk menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam aspek pendidikan digital anak-anak, meningkatkan kefahaman mereka tentang sistem MOEIS, mewujudkan kerjasama strategik sekolah-keluarga dalam pengurusan data murid, serta menyantuni ibu bapa melalui penglibatan langsung dalam aktiviti sekolah.

Turut hadir Guru Besar SK Sungai Selidap, Semanto Ahi; Penolong Kanan SK Sungai Selidap, Abg Sufiandi Abg Suhaili, Annabella Sudang Pilang dan Mohammad Syahnon Mahdini; Tuai Rumah (Tr) Anggi Enggot, Tr. Jawi Micheal Jawol, Tr. Baja Galau, Tr. Nicholas Abu Seman dan Tr. Micheal Bima.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 16 September lambang penyatuan sebenar rakyat Malaysia – Wong Soon Koh
Next: Empat pili bomba di Sarikei diperiksa, dicat semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.