Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Lagu tema HKHM 2025 dekat dengan jiwa saya – Biduanita Negara
  • HIBURAN

Lagu tema HKHM 2025 dekat dengan jiwa saya – Biduanita Negara

Utusan Sarawak 3 days ago
BIDUANITA Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menggamatkan Dataran Putrajaya dengan mempersembahkan lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ hari ini. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin menzahirkan rasa syukur dan rendah hati apabila diberi peluang menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 pada sambutan penuh bersejarah di Dataran Putrajaya, pagi tadi.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, penyanyi nombor satu negara itu mengakui tidak pernah menyangka akan menerima tawaran tersebut walaupun sudah tiga dekad bergelar anak seni.

“Pada usia 46 tahun, saya dah 30 tahun berada dalam industri muzik, saya tak pernah menjangka akan menerima tawaran menyanyikan lagu Hari Kebangsaan 2025.

“Sewaktu tawaran ini disampaikan kepada saya, saya dengan rendah hati menerima kerana lagu-lagu seumpama ini sangat dekat dengan jiwa dan portfolio karier saya,” katanya.

Sementara itu, Siti Nurhaliza yang merupakan penerima Anugerah Khas Biduan Negara 2024 berkata penyatuan rakyat berbilang kaum di Malaysia adalah lambang keunikan yang wajar dipelihara.

“Saya bersyukur menjadi anak Malaysia, melihat seluruh bangsa bersatu adalah sesuatu yang melambangkan keunikan, keistimewaan negara ini dan kita peliharalah keharmonian ini sampai bila-bila,” katanya.

Siti Nurhaliza turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk menyampaikan lagu berjudul Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni ciptaan Datuk Mokhzani Ismail dengan muzik gubahan komposer muda Affan Mazlan.

Pada perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 pagi tadi, Siti Nurhaliza menyampaikan lagu tema HKHM 2025 sejurus selepas bacaan ikrar Rukun Negara, disertai persembahan kolektif warna-warni oleh kumpulan kesenian Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN), pelajar sekolah serta formasi ‘human terrace’. – Bernama

Continue Reading

Previous: Artis Malaysia rangkul tiga anugerah di Los Angeles
Next: Wanita dicekup ceroboh kediaman Jungkook BTS di Seoul

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.