Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Inisiatif pendidikan untuk anak Sarawak tanpa kira kaum
  • PENDIDIKAN

Inisiatif pendidikan untuk anak Sarawak tanpa kira kaum

Utusan Sarawak 6 days ago

UCAPAN.....Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada majlis Perhimpunan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2025 bertempat di pekarangan Dewan Suarah Sarikei, hari ini. 

SARIKEI: Kerajaan Sarawak memperkenalkan inisiatif seperti pinjaman Yayasan Sarawak, biasiswa tunai, serta Dana Pendidikan Sarawak untuk semua anak Sarawak tanpa mengira latar belakang kaum atau status sosioekonomi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata inisiatif ini mencerminkan iltizam kerajaan Sarawak dalam meletakkan pendidikan sebagai keutamaan dalam pembangunan wilayah ini. 

“Ia bukan sahaja menjadikan Sarawak peneraju dalam reformasi pendidikan negara, tetapi juga mengangkat status ekonomi rakyatnya ke tahap lebih tinggi, khususnya bagi mereka yang berada di luar bandar.

“Ini penting kerana kita sedar bahawa pembangunan ekonomi baharu memerlukan bakat dan kemahiran yang sesuai.  

“Justeru, kerajaan Sarawak akan terus melahirkan bakat tempatan yang berdaya saing dalam bidang teknologi, tenaga boleh baharu, keusahawanan dan pertanian pintar, supaya generasi muda Sarawak mampu memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perhimpunan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2025 bertempat di pekarangan Dewan Suarah Sarikei, di sini hari ini. 

CENDERAMATA…..Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan wakil ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) masyarakat Melayu menyerahkan cenderamata kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. 

Abang Johari berkata pendidikan kekal sebagai keutamaan dan kerajaan Sarawak memperkenalkan dasar pendidikan tinggi percuma bermula tahun depan.

Katanya, inisiatif ini akan memastikan lebih ramai anak Sarawak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti tanpa dibebani masalah kewangan. 

“Sarawak akan menjadi wilayah pertama di Malaysia yang melaksanakan pendidikan tinggi percuma kepada rakyatnya,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Pertandingan Pidato Spontan kembali, sasar pelajar sekolah menengah di Sarawak
Next: KKSR dan KKSRCS mantapkan pendidikan TVET menerusi program dalam talian industri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.