AKUN GIMAN
KANOWIT: Tindakan pantas pasukan Bomba berjaya memadamkan kebakaran salah satu komponen peti sejuk beku di Rumah Mayat Hospital Kanowit.
Anggota mengambil masa kurang daripada tiga minit untuk memadamkan kebakaran salah satu komponen di bahagian freezer tempat penyimpanan mayat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.10 petang dan terus menggerakan sepasukan anggota ke lokasi.
“Anggota BBP Kanowit yang diketuai oleh PBKll Mohamad Bujang bersama lima anggota dan sebuah jentera pada jam 2.12 petang,” jelasnya ketika dihubungi oleh pemberita petang tadi.
Menurut beliau, kebakaran melibatkan salah satu komponen di bahagian Freezer tempat penyimpanan mayat di Rumah Mayat Hospital Kanowit.
“Operasi pemadaman kebakaran pada jam 4.13 petang. Pasukan bomba memadam kebakaran tersebut dengan menggunakan dua unit alat pemadam api jenis debu kering hingga selesai,” ujarnya.
Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.15 petang.