Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 19 motosikal disita, 149 saman dikeluarkan dalam Operasi Samseng Jalanan di Miri
  • JENAYAH

19 motosikal disita, 149 saman dikeluarkan dalam Operasi Samseng Jalanan di Miri

Utusan Sarawak 6 days ago
DISITA...Antara motosikal yang disita menerusi Operasi Samseng Jalanan Ambang Merdeka yang dijalankan sekitar bandar raya Miri malam tadi. Foto IPD Miri. 
 

MIRI: Sebanyak 19 motosikal disita dan 149 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Operasi Samseng Jalanan Ambang Merdeka yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekitar bandar raya ini malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, sebanyak 47 kenderaan telah diperiksa, manakala 19 motosikal disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana telah diubah suai daripada spesifikasi asal atau bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

Operasi tersebut dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bermula 10.00 malam hingga 4.00 pagi dengan kekuatan dua pegawai kanan dan lima anggota.

Antara lokasi tumpuan termasuk Jalan Marina, Jalan Miri Bypass dan Jalan Tanjong Lobang.

 “Sepanjang operasi, seramai 52 individu turut diperiksa dan 149 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa operasi seumpama itu akan diteruskan secara berkala bagi membanteras kegiatan samseng jalanan dan memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara.

“Polis menasihati penunggang motosikal agar sentiasa mematuhi undang-undang, tidak mengubah suai kenderaan, tidak terlibat dalam kegiatan lumba haram serta tidak berkumpul di tepi jalan hingga mengganggu kelancaran trafik,” ujarnya.

Mohd Farhan juga mengingatkan bahawa kecuaian dan tindakan tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti samseng jalanan di sekitar Miri digesa menghubungi Bilik Gerakan IPD Miri di talian 085-433400.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 151 tahanan warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal
Next: Wanita ditahan cuba serang Sultan Nazrin semasa sambutan Hari Kebangsaan – Polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.