11 pertubuhan DUN Bekenu terima peruntukan MRP

Facebook
WhatsApp
TERIMA KASIH… Datuk Rosey Yunus merakam kenangan bersama 11 ahli pertubuhan yang menerima MRP di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bekenu semalam.

BEKENU: Sebanyak 11 pertubuhan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu menerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah keseluruhan RM83,000 semalam.

Majlis penyerahan cek tersebut diadakan secara ringkas di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bekenu dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan setiap pertubuhan agar memastikan peruntukan yang diterima direkodkan dengan teliti serta dimasukkan dalam minit mesyuarat masing-masing.

Difahamkan, jumlah peruntukan yang diterima setiap pertubuhan adalah berbeza, bergantung kepada kos penganjuran aktiviti yang dirancang.

Oleh Adum Liu

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos