Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • XPDC 2.0 fokus naik taraf jalan pedalaman Kakus, Belaga dan Murum
  • TEMPATAN

XPDC 2.0 fokus naik taraf jalan pedalaman Kakus, Belaga dan Murum

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas bersama rombongan kerajaan negeri, pegawai kanan serta warga kerja JKR Sarawak bergambar kenangan sebelum memulakan Program XPDC 2.0 Turun Padang melibatkan kawasan Kakus, Belaga dan Murum di Bintulu, semalam.

BINTULU: Program XPDC 2.0 yang memberi tumpuan kepada kawasan pedalaman seperti Kakus, Belaga dan Murum bermula semalam, disertai oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu II serta Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan.

Hari pertama program dimulakan dengan tinjauan ke laluan dari Jalan Samarakan ke Ulu Kakus, termasuk pemeriksaan ke atas Jambatan Sengaya yang telah runtuh.

Lawatan ini memberi fokus kepada usaha menaik taraf jalan balak serta bekas jalan balak untuk memperkukuh jaringan perhubungan luar bandar.

Rombongan turut meninjau beberapa laluan lain termasuk jalan balak di kawasan Kakus dan laluan Jiwa Murni dari Punan Ba ke Belaga.

XPDC 2.0 diteruskan pada sebelah malam dengan Majlis Bersama Komuniti DUN N65 Belaga.

Hari ini, program berlanjutan ke kawasan Lusong Laku, dengan fokus terhadap laluan bekas jalan balak yang menjadi nadi pengangkutan utama bagi masyarakat setempat.

Untuk rekod, beberapa jalan di Daerah Tatau telah dikenal pasti untuk kerja naik taraf, antaranya Jalan Penyarai, Jalan Sungai Muput, Jalan ke Ulu Kakus, Jalan Sangan-Nanga Merit dan Jalan Nanga Takan.

Secara keseluruhan, sebanyak 302.60 kilometer jalan balak dan 295.59 kilometer bekas jalan balak di Bahagian Bintulu telah disenaraikan untuk perhatian kerajaan, sejajar dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Turut hadir Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai, Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datu Chiew Chee Yau, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Dr. Cassidy Morris serta pegawai kanan kerajaan termasuk Residen Bahagian Bintulu, Datu Nyurak Keti, Residen Bahagian Kapit, Elvis Didit, Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong dan Pegawai Daerah Belaga, Bidah Lujah.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pengembangan pelabuhan Samalaju pacu pertumbuhan perdaganan Sarawak
Next: Jabatan Hutan Sarawak meterai MOA, MOU dengan Arbonaut Ltd di Finland

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.