Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Ketua Polis Negara
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Ketua Polis Negara

Utusan Sarawak 10 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail di Astana Negeri, hari ini. Foto: Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail di Astana Negeri, hari ini.

Pertemuan ini telah membincangkan pelbagai perkara semasa termasuk isu keselamatan dan keamanan di Sarawak, aspek keselamatan siber serta peranan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).

Selain itu, turut disentuh mengenai persetujuan kerajaan Sarawak terhadap cadangan Tun Wan Junaidi untuk memperkukuh penghargaan serta kebajikan kepada bekas anggota polis, khususnya mereka yang pernah berkhidmat dalam usaha membanteras anasir komunis pada masa lalu.

Tun Wan Junaidi turut menzahirkan harapan agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus berkhidmat dengan penuh cemerlang, berintegriti serta dedikasi dalam memelihara keamanan dan keselamatan negara demi kesejahteraan rakyat.

Turut hadir Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ibrahim Darus, Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Mancha Ata, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Mohd Taufik Toh Abdullah serta Ketua Cawangan Khas Sarawak Mahbub Mustofa Norsalim,

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak peruntuk RM10 bilion laksana sistem perpaipan, loji rawatan air – Abang Johari
Next: Premier Sarawak sertai Rundingan Tahunan Malaysia–Brunei ke-26 di Putrajaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.