Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penghargaan buat barisan hadapan
  • NASIONAL

Penghargaan buat barisan hadapan

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 17 Ogos -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) membawa gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020 di Istana Melawati hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) membawa gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020 di Istana Melawati semalam.• Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan penganugerahan pingat darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah pengiktirafan terbesar buat petugas barisan hadapan dan warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berjuang memerangi pandemik Covid-19.

“Saya sesungguhnya mewakili KKM dan petugas barisan hadapan untuk menerima anugerah ini,” katanya ketika ditemui selepas dikurniakan darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ pada istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2020 di Istana Melawati di sini, semalam.

Selain Dr Noor Hisham, seramai 11 lagi individu turut menerima Darjah PSM sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini.
Seramai 31 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020 menerima darjah kebesaran masing-masing daripada Al-Sultan Abdullah semalam.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham merafak sembah ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas penganugerahan berkenaan.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada Prosedur Standard Operasi (SOP), kita jaga kita, kita jaga keluarga, masyarakat dan negara kita,” katanya.

Dr Noor Hisham menjadi individu yang sentiasa ditunggu-tunggu bagi mengikuti sidang media mengenai perkembangan Covid-19 di negara ini.-Bernama
 

Continue Reading

Previous: Tiga rentung, sembilan terselamat dalam kemalangan
Next: Sukuk Prihatin bantu pulihkan ekonomi negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.