Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis mohon bantuan pihak ‘rakan-rakan’ kesan suspek ugutan terhadap isteri Rafizi
  • JENAYAH

Polis mohon bantuan pihak ‘rakan-rakan’ kesan suspek ugutan terhadap isteri Rafizi

Utusan Sarawak 9 hours ago
KETUA Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bercakap kepada pemberita ketika hadir pada Majlis Pembukaan PDRM Special Dialogue III 2025 di Pusat Konvensyen Sime Darby hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis telah memohon bantuan daripada pihak ‘rakan-rakan’ bagi mengesan seorang individu warga asing dipercayai pemilik nombor telefon yang menghantar mesej ugutan kepada isteri bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata pihaknya percaya individu warga asing terbabit dapat dikesan dalam masa terdekat.

“Kita masih lagi memohon bantuan daripada pihak rakan-rakan dan saya percaya kita akan mendapatkannya secepat mungkin,” katanya selepas merasmikan Dialog Khas Ke-3 PDRM 2025 di sini hari ini.

Mengulas mengenai dakwaan seorang individu dikaitkan dengan serangan terhadap anak lelaki Ahli Parlimen Pandan itu, Mohd Khalid berkata perkara itu masih dalam siasatan.

“Ini (dakwaan) kita tidak dapat nak pastikan. Ia masih dalam siasatan,” katanya.

Pada Jumaat lepas, Bernama melaporkan polis sudah mengenal pasti nombor telefon yang digunakan untuk menghantar mesej ugutan kepada isteri Rafizi, yang didaftarkan atas nama seorang warga asing dan kini sedang mengesan individu berkenaan.

Ditanya sama ada polis sudah mengenal pasti jenis cecair yang disuntik ke dalam badan anak Rafizi, beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan kimia daripada hospital.

Pada 13 Ogos lepas, media melaporkan anak Rafizi yang berusia 12 tahun diserang dua lelaki menunggang motosikal yang disyaki menyuntik cecair di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata kejadian berlaku pada 2.00 petang di kawasan menurunkan dan mengambil penumpang di pusat beli-belah berkenaan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Dua suspek ditahan berhubung kejadian tembakan di Kanowit
Next: Aluminium window frames stolen, two arrested in Kota Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.