Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Imbasan QR TNG eWallet diperluas selain sebagai pembayaran
  • NASIONAL

Imbasan QR TNG eWallet diperluas selain sebagai pembayaran

Utusan Sarawak 9 hours ago

KUALA LUMPUR: TNG Digital Sdn Bhd hari ini mengumumkan ciri imbasan kod respons pantas (QR) yang dipertingkatkan untuk TNG eWallet memperluas penggunaan aplikasi itu selain sebagai pembayaran.

Menurut syarikat itu dalam kenyataan hari ini, pengguna kini boleh mengimbas menu, borang, tiket dan kod QR bukan pembayaran lain secara terus dalam TNG eWallet, menghapuskan keperluan kepada aplikasi imbasan QR berasingan dan menjadikan tugasan harian lebih mudah dan cepat.

“Keupayaan QR yang dipertingkatkan itu melengkapkan rangkaian perkhidmatan kewangan dan gaya hidup TNG eWallet yang luas, termasuk e-dagang, pembayaran bil, pelaburan, insurans dan kiriman wang antarabangsa.

“Pendekatan semua dalam satu ini mengukuhkan peranannya sebagai rakan digital yang dipercayai untuk rakyat Malaysia meliputi semua lapisan masyarakat,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Alan Ni berkata TNG eWallet bukan sahaja memudahkan pembayaran malah, turut menjadikan kehidupan seharian lebih mudah dengan membolehkan pengguna mengimbas sebarang kod QR pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

“Ia mungkin tampak seperti langkah kecil tetapi impaknya adalah besar — satu aplikasi yang membantu rakyat Malaysia melakukan lebih banyak perkara dalam kehidupan seharian mereka,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Sultan Brunei diberi sambutan Negara di Istana Negara
Next: Malaysia diunjur menjadi negara tua menjelang 2048 – Amir Hamzah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.