Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 14 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa disebabkan aktiviti pengambilan untung susulan Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.73 peratus kepada 98.430.

Pada 8.00 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2080/2175 berbanding dolar US daripada 4.2045/2105 pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peniaga kekal berhati-hati mengenai cara Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan respons terhadap indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) pada Jumaat depan yang dijangka kekal pada 2.6 peratus pada Julai berdasarkan anggaran konsensus.

“Berdasarkan itu, USD/MYR boleh melihat pergerakan sama kerana peniaga mungkin dijangka untuk meraih keuntungan. Ringgit diunjurkan diniagakan antara 4.20 dan 4.23 berbanding dolar hari in kerana pasaran kekal berhati-hati menjelang laporan PCE pada Jumaat ini,” katanya kepada Bernama.

Pada pembukaan, ringgit didagangkan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.8859/8969 daripada 4.9163/9233 ketika ditutup pada Isnin, menokok berbanding yen Jepun kepada 2.8467/8533 daripada 2.8534/8577 dan melonjak berbanding pound Britain kepada 5.6593/6721 daripada 5.6740/6821 sebelum itu.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.2714/2790 daripada 3.2761/2810 dan peso Filipina pada 7.41/7.44 daripada 7.41/7.43 sebelum itu.

Bagaimanapun, ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9437/9805 daripada 12.9561/9801 tetapi susut berbanding rupiah Indonesia kepada 258.7/259.5 from 258.5/259.1. sebelumnya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Kutipan SST buah import dijangka jana RM38 juta – MOF
Next: Bursa Malaysia dibuka rendah ambil petunjuk daripada penurunan Wall Street

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.