Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Gempa bumi Segamat: Polis terima tiga laporan kerosakan harta benda
  • NASIONAL

Gempa bumi Segamat: Polis terima tiga laporan kerosakan harta benda

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR hiasan

JOHOR BAHRU: Polis setakat ini menerima tiga laporan melibatkan kerosakan harta benda susulan gegaran gempa bumi lemah yang dilaporkan berlaku di daerah itu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata bagaimanapun tiada laporan melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa diterima.

“Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan Segamat berada dalam keadaan selamat terutama berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menasihati orang awam agar melaporkan segera sebarang insiden kecemasan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat melalui talian hotline 07-932422.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gegaran pertama berukuran 4.1 skala Richter di Segamat berlaku pada 6.13 pagi, manakala gegaran kedua pada 9.00 pagi berukuran 2.8 skala Richter di kawasan Yong Peng di Batu Pahat, iaitu pada jarak 28 kilometer Barat Laut Kluang. – Bernama

Continue Reading

Previous: Gempa Segamat: Isyarat Malaysia perlu perkukuh kesiapsagaan seismik 
Next: Sultan Brunei lakukan lawatan negara ke Malaysia, hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-26

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.