Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPV Miri vaksin lebih 200 anjing dalam usaha bendung rabies
  • Utara
  • WILAYAH

JPV Miri vaksin lebih 200 anjing dalam usaha bendung rabies

Utusan Sarawak 2 days ago
TINJAU…Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin meninjau Program Vaksinasi Anti-Rabies, Mikrocip dan Pelesenan Anjing yang berlangsung di Taman Awam Miri semalam. 

MIRI: Program Vaksinasi Anti-Rabies, Mikrocip dan Pelesenan Anjing anjuran Majlis Bandaraya Miri dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bahagian Miri mendapat sambutan daripada pemilik-pemilik anjing di sini.

Lebih 200 ekor anjing telah divaksin dalam program dua hari yang bermula semalam di Taman Awam Miri, yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JPV bagi membendung penularan wabak rabies menerusi pemberian vaksinasi, pemasangan mikrocip pengenalan, serta pelesenan anjing peliharaan.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin turut hadir meninjau pelaksanaan program berkenaan.

Menurut beliau, sebanyak 1,182 ekor anjing telah divaksin di sekitar Miri dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

“Walaupun Miri kekal bebas rabies selama beberapa tahun, masyarakat tidak boleh leka. JPV menyediakan vaksin rabies untuk anjing secara percuma, dan pemilik mesti memastikan haiwan peliharaan mereka dilindungi setiap tahun,” katanya.

Beliau turut menggesa pemilik anjing agar tidak menangguhkan vaksinasi tahunan demi memastikan komuniti kekal selamat daripada ancaman rabies.

Program ini turut memudahkan pemilik haiwan membawa anjing peliharaan mereka mendapatkan vaksinasi secara lebih sistematik dan selamat.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: 40 sekolah di Miri bakal dilengkapi CCTV – Chiew
Next: Pesta ikonik Limbang bakal kembali warnai utara Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.