Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 40 sekolah di Miri bakal dilengkapi CCTV – Chiew
  • Utara
  • WILAYAH

40 sekolah di Miri bakal dilengkapi CCTV – Chiew

Utusan Sarawak 2 days ago
TINJAU...Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man semasa berkunjung ke SMK Merbau untuk mengkaji CCTV yang baru dipasang di sekolah tersebut.

MIRI: Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mengumumkan pelaksanaan inisiatif pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) secara berperingkat di kesemua 40 sekolah dalam kawasan Parlimen Miri sebagai langkah proaktif menangani isu keselamatan dan mencegah insiden tidak diingini.

Menurut Chiew, pemasangan tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak sekolah, khususnya di lokasi yang dikenal pasti berisiko tinggi.

“CCTV ini boleh dijadikan sebagai langkah pencegahan awal, menyokong usaha pemantauan berterusan dan mewujudkan ekosistem pembelajaran yang lebih selamat serta kondusif,” ujarnya.

Beliau turut menekankan bahawa keselamatan murid bukan sahaja menjadi tanggungjawab sekolah dan kerajaan, tetapi memerlukan sokongan padu daripada seluruh komuniti.

“Dengan kerjasama rakyat, kerajaan dan komuniti setempat, kita mampu memastikan sekolah di Miri bebas daripada sebarang ancaman keselamatan dan kesihatan,” katanya.

BERHlMPUN…Sebahagian peserta yang hadir pada perhimpunan solidariti Keadilan untuk Zara berlangsung di Dataran Kipas Miri, malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Chiew turut hadir pada Perhimpunan Solidariti Keadilan untuk Zara yang berlangsung di Dataran Kipas, Miri malam tadi dan berterima kasih kepada penganjur serta orang ramai yang hadir secara aman.

“Kehadiran warga Miri jelas menunjukkan bahawa masyarakat kita menolak keras budaya buli di sekolah dan menuntut keadilan buat adik Zara,” katanya.

Chiew berkata, insiden tragis yang menimpa Zara harus menjadi titik perubahan kepada sistem keselamatan di sekolah-sekolah negara ini.

Beliau menegaskan dua perkara utama yang perlu diberi perhatian iaitu ‘Keadilan buat Zara’ melalui proses undang-undang yang adil dan telus serta persekitaran pembelajaran yang selamat untuk setiap anak dari segi fizikal mahupun mental.

“Saya turut mengalu-alukan tindakan Kerajaan yang telah mengumumkan inisiatif Pemukiman khas rentas kementerian untuk selaras SOP anti-buli dan juga peruntukan sebanyak RM3 juta CCTV di sekolah berasrama terpilih sebagai langkah permulaan,” tambahnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rami OOOHAA’ Marudi 2025 serlah warisan, satukan komuniti
Next: JPV Miri vaksin lebih 200 anjing dalam usaha bendung rabies

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.