Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Aktiviti sukan, riadah perkukuh perpaduan komuniti luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Aktiviti sukan, riadah perkukuh perpaduan komuniti luar bandar

Utusan Sarawak 2 days ago
APA KHABAR....Safiee Ahmad bersalaman sambil bertanya khabar penduduk pada Program Komuniti Cergas Luar Bandar @ Daro di Kampung Penasu anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, semalam.

DARO: Aktiviti sukan dan riadah bukan sahaja penting untuk meningkatkan tahap kesihatan, malah menjadi wadah terbaik dalam menyatukan masyarakat serta memperkukuh perpaduan antara generasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan masyarakat luar bandar.

“Program sebegini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat luar bandar turut menikmati peluang melaksanakan aktiviti bermanfaat.

PERASMIAN…..Safiee Ahmad merasmikan Program Komuniti Cergas Luar Bandar @ Daro di Kampung Penasu anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, semalam.

“Walaupun impaknya tidak dapat dilihat secara langsung, namun ia memberi kesan positif kepada masyarakat dari aspek kesihatan, semangat kebersamaan dan pembangunan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Komuniti Cergas Luar Bandar @ Daro di Kampung Penasu anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, semalam.

JOM SIHAT….Safiee Ahmad merakam kenangan pada Program Komuniti Cergas Luar Bandar @ Daro di Kampung Penasu anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, semalam.

Menurutnya, usaha sebegini bukan sahaja memberi ruang kepada masyarakat untuk bergiat aktif, malah dapat memupuk disiplin, daya saing serta budaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda.

Beliau menegaskan komitmennya untuk terus menyokong penganjuran program seumpama ini pada masa akan datang kerana ia mampu meningkatkan semangat kesukarelawanan, memperkukuh jaringan sosial, serta memberikan manfaat menyeluruh kepada rakyat di kawasan Daro.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek Tukun Fasa 2 perkukuh ekonomi nelayan Mukah
Next: Peningkatan kelahiran bukti kejayaan program insentif di Pelawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.