Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Adik Donald Trump meninggal dunia
  • GLOBAL

Adik Donald Trump meninggal dunia

Utusan Sarawak 5 years ago
KEMATIAN Robert Trump, 71, (kiri) masih belum disahkan namun kesihatannya dilaporkan semakin merosot sejak beberapa hari lalu. • Foto AFP

AMERIKA SYARIKAT: Adik bongsu kepada Presiden AS Donald Trump meninggal dunia hari ini.

Punca kematian Robert Trump, 71, masih belum disahkan namun kesihatannya dilaporkan semakin merosot sejak beberapa hari lalu.

Jumaat lalu, Presiden Trump mengunjungi Robert di sebuah hospital di New York selepas menerima laporan bahawa adiknya nazak.

Robert juga merupakan seorang ahli perniagaan seperti abangnya, tetapi dikenali dengan personalitinya yang amat berbeza.

Robert dikatakan lebih pendiam dan kurang gemar akan perhatian.

Mendiang memulakan kerjayanya dalam dunia kewangan di Wall Street sebelum menyertai perniagaan keluarga Trump dan memegang beberapa jawatan tinggi dalam Trump Organization.-AFP

Continue Reading

Previous: UNESCO berjanji lindungi bangunan bersejarah
Next: 11 terbunuh dalam serangan hotel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.