Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ow Yong Jin Kuang juara 21KM Lelaki Terbuka Separuh Maraton Sarikei 2025
  • SUKAN

Ow Yong Jin Kuang juara 21KM Lelaki Terbuka Separuh Maraton Sarikei 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
TAHNIAH….Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh menyerahkan hadiah kepada juara 21KM Separuh Maraton, Ow Yong Jin Kuang bagi kategori Lelaki Terbuka. 

SARIKEI: Ow Yong Jin Kuang dinobatkan sebagai juara bagi kategoriLelaki Terbuka 21KM dalam Separuh Maraton Jambatan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang 2025 selepas mencatatkan masa1 jam 16 minit 56 saat, hari ini.

Selaku juara, Jin Kuang berjaya membawa pulang hadiah wang sebanyak RM2,000, trofi, baucar Brooks bernilai RM500 dan baucar Ysandal bernilai RM599. 

JOHAN…Johan bagi kategori Wanita Terbuka 21KM Separuh Maraton, Luk Teck Bing menerima hadiah dari wakil Ta Ann Holding Berhad, Ling Kouk Wei (dua kanan). 

Naib juara dimenangi oleh Hazarullah Safri dengan catatan masa satu jam 17 minit 20 saat dan membawa pulang hadiah wang berjumlah RM1,500, trofi dan baucar Brooks bernilai RM300. 

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Zulkhairi Shahrim dengan catatan masa satu jam 19 minit 19 saat dan membawa pulang hadiah wang sebanyak RM1,000, trofi dan baucar Brooks bernilai RM200.

Sementara itu, Luk Teck Bing mengungguli kategori Wanita Terbuka apabila dinobatkan sebagai johan 21KM Separuh Maraton selepas mencatatkan masa satu jam 37 minit 35 saat. 

UNTUK ALBUM….Kesemua pemenang bagi 21KM Separuh Maraton bergambar bersama Datuk Len Talif Salleh, Datuk Ding Kuong Hiing, Ling Kouk Wei, Badjuri Bidin dan Louis Yeo Soon Guan. 

Teck Bing berjaya membawa pulang hadiah wang sebanyak RM2,000, trofi, baucar Brooks bernilai RM500 dan baucar Ysandal bernilai RM599. 

Naib juara dimenangi oleh Apple Cheng Jia Xin yang mencatatkan masa satu jam 40 minit 21 saat dan membawa pulang hadiah wang berjumlah RM1,500, trofi dan baucar Brooks bernilai RM300. 

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Yong Yee Ung yang mencatatkan masa satu jam 47 minit 57 saat dan membawa pulang hadiah wang sebanyak RM1,000, trofi dan baucar Brooks bernilai RM200.

Bagi kategori Lelaki Veteran 21KM Separuh Maraton, johan dinobatkan kepada Mohammad Shawal Roslie yang mencatatkan masa satu jam 21 minit 40 saat dan berjaya membawa pulang hadiah wang berjumlah RM1,500, trofi, baucar Brooks bernilai RM500 dan baucar Ysandal bernilai RM89.

Naib juara dimenangi oleh Mohd Harmini Ahmad dengan catatan masa satu jam 22 minit 45 saat dan membawa pulang hadiah wang berjumlah RM1,000, trofi dan baucer Brooks bernilai RM300. 

Tempat ketiga dimenangi oleh Daniel Fong Huat Hui yang mencatatkan masa satu jam 22 minit 56 saat dan membawa pulang hadiah wang sebanyak RM800, trofi dan baucar Brooks bernilai RM200. 

Untuk kategori Wanita Veteran 21KM Separuh Maraton, johan dinobatkan kepada Tho Siaw Khim dengan catatan masa satu jam 40 minit 32 saat dan berjaya membawa pulang hadiah wang berjumlah RM1,500, trofi, baucer Brooks bernilai RM500 dan baucar Ysandal bernilai RM89.

PELEPASAN PESERTA….Datuk Len Talif Salleh dan wakil Ann Holding Berhad, Ling Kouk Wei melakukan pelepasan peserta bagi 21KM Separuh Maraton di Jambatan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, awal pagi tadi. 

Naib juara dimenangi oleh Lim Set Hiang yang mencatatkan masa satu jam 42 minit 38 saat dan membawa pulang hadiah wang berjumlah RM1,000, trofi dan baucar Brooks bernilai RM300. 

Tempat ketiga dimenangi oleh Lau Moi Chee yang mencatatkan masa satu jam 43 minit 02 saat dan membawa pulang hadiah wang berjumlah RM800, trofi dan baucar Brooks bernilai RM200.  

Bagi kategori Lelaki Terbuka 10KM, johan dinobatkan kepada Belton Mosolont yang mencatatkan masa 36 minit 44 saat dan berjaya membawa pulang hadiah wang berjumlah RM1,000, trofi, baucar Brooks bernilai RM500 dan baucar Ysandal sebanyak RM89. 

Naib juara ialah Lucas Wong Sor Hong dengan catatan masa 37 minit 11 saat dan membawa pulang hadiah wang berjumlah RM800, trofi dan baucar Brooks bernilai RM300. 

Tempat ketiga dimenangi oleh Abraham Loh Tze Lung yang mencatatkan masa 37 minit 24 saat dan membawa pulang hadiah wang berjumlah RM600, trofi dan baucar Brooks bernilai RM200. 

Bagi kategori Wanita Terbuka 10 KM, juara dimenangi oleh Hii Win Nie yang mencatatkan masa 45 minit 24 saat dan berjaya membawa pulang RM1,000, trofi, baucar Brooks bernilai RM500 dan baucar Ysandal sebanyak RM89. 

Tempat kedua dimenangi oleh Bong Gia Chyi dengan catatan masa 50 minit 42 saat dan membawa pulang hadiah wang berjumlah RM800, trofi dan baucar Brooks bernilai RM300.  

Tempat ketiga dimenangi oleh Esmeralda Eusa Johari yang mencatatkan masa 51 minit 37 saat dan membawa pulang hadiah wang berjumlah RM600, trofi dan baucar Brooks bernilai RM200. 

Untuk kategori Lelaki Veteran 10KM, juara dimenangi oleh Ling Tai Ming dengan catatan masa 40 minit 29 saat dan membawa pulang hadiah wang berjumlah RM800, trofi, baucar Brooks bernilai RM500dan baucar Ysandal sebanyak RM89. 

Naib juara dimenangi oleh Tan Jit Ping yang mencatatkan masa 42 minit 46 saat dan membawa pulang hadiah wang berjumlah RM600, trofi dan baucar Brooks bernilai RM300. 

Tempat ketiga dimenangi oleh Sim Chung Seng dengan catatan masa 43 minit 13 saat dan membawa pulang hadiah wang berjumlah RM400, trofi dan baucar Brooks bernilai RM200. 

Bagi kategori Wanita Veteran 10KM, johan dinobatkan kepada Linda Chin Hui Ching dengan catatan masa 45 minit 25 saat dan berjaya membawa pulang hadiah wang berjumlah RM800, trofi, baucar Brooks bernilai RM500dan baucar Ysandal sebanyak RM89. 

Naib juara dimenangi oleh Lina Tchung yang mencatatkan masa 47 minit 44 saat dan membawa pulang hadiah wang berjumlah RM600, trofi dan baucar Brooks bernilai RM300. 

Tempat ketiga ialah Lee Leh Ha yang mencatatkan masa 51 minit dan membawa pulang hadiah wang berjumlah RM400, trofi dan baucar Brooks bernilai RM200. 

Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi 21KM Separuh Maraton ialah Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif dan wakil Ta Ann Holding Berhad, Ling Kouk Wei. 

Selain itu, hadiah kepada pemenang bagi 10KM Separuh Maraton diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing dan Timbalan Residen Sarikei, Badjuri Bidin, bertempat di pekarangan Dewan Suarah Sarikei. 

Turut hadir Pegawai Daerah Sarikei, Louis Yeo Soon Guan. 

Oleh Earl Anek 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pertembungan Newcastle-Liverpool bakal dibayangi isu Isak
Next: Maraton pertama di Sarikei tarik 1,827 peserta, promosi jambatan ikonik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.