Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pertembungan Newcastle-Liverpool bakal dibayangi isu Isak
  • SUKAN

Pertembungan Newcastle-Liverpool bakal dibayangi isu Isak

Utusan Sarawak 2 days ago

Alexander Isak. Foto AFP

LONDON: Liverpool akan bertandang ke Newcastle United awal pagi Selasa ini dalam suasana hangat susulan kemelut perpindahan menyaksikan usaha The Reds untuk mendapatkan penyerang Magpies, Alexander Isak.

Setakat ini, Newcastle menolak segala percubaan Liverpool.

Namun Isak menerusi media sosial secara terbuka menyatakan hasratnya untuk berpindah ke kelab juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, selain rasa tidak puas hati terhadap kelab kerana menghalang perpindahannya.

Penyerang Sweden itu  kini berlatih secara berasingan dari pada skuad utama Newcastle ketika mereka membuat persiapan menentang Liverpool – perlawanan yang dianggap ‘ulangan’ final Piala Liga 2025, kejayaan bersejarah yang menghadiahkan Magpies trofi utama pertama selepas penantian 70 tahun.

Pengurus Eddie Howe mengesahkan Isak tidak akan diturunkan pada pertembungan awal pagi Selasa ini.

Namun beliau berharap penyerang yang menjaringkan 23 gol liga musim lalu itu dapat kembali menyertai skuad, sambil menegaskan tiada isu peribadi antara mereka.

Howe juga mengakui kemelut perpindahan itu meletakkan kelab dalam kedudukan sukar.

“Saya rasa ini situasi kalah-kalah buat kami kerana dalam apa jua keadaan sekalipun, kami tidak akan tampak sebagai ‘pemenang’,” katanya kepada media kelmarin.

“Kami sayang Alex kerana apa yang sudah dia sumbangkan kepada kelab sejak tiba di sini, dari segi kualiti, komitmen, serta sikap profesionalnya.”

Tanpa Isak, Newcastle sekadar seri 0-0 menentang Aston Villa pada aksi pembukaan musim walaupun mencipta lebih banyak peluang.

Namun kejayaan mereka dalam Piala Liga serta keputusan seri 3-3 menentang Liverpool di St James’ Park musim lalu memberi keyakinan mereka masih mampu mencipta keputusan positif.

Sementara itu, pengurus Liverpool, Arne Slot mengingatkan anak buahnya supaya bersedia berdepan suasana sengit di Newcastle, meskipun isu Isak terus menjadi tajuk utama.

“Ia tiada kaitan dengan apa yang banyak diperkatakan media, tetapi kalau pergi ke Newcastle, anda tahu apa yang bakal menanti,” katanya.

“Kami berdepan mereka tiga kali musim lalu dan dalam dua perlawanan, tahap intensiti mereka lebih tinggi daripada kami. Di tempat lawan, khususnya 60 minit pertama, mereka begitu agresif dan benar-benar layak dapat mata.”

Liverpool memulakan musim dengan kemenangan 4-2 ke atas Bournemouth di Anfield, satu perlawanan yang mendedahkan kecemerlangan tetapi juga kelemahan mereka selepas mensia-siakan kelebihan dua gol apabila Antoine Semenyo meledak dua gol buat pelawat pada babak kedua.

Pemain gantian Federico be Chiesa muncul wira denganm  gol kemenangan pada minit ke-88, sebelum Mohamed Salah menambah gol keempat pada masa kecederaan.

Pemain baharu, Hugo Ekitike turut mencuri tumpuan dengan gol sulungnya bersama Liverpool serta mencipta bantuan jaringan untuk meletakkan pasukan di depan 2-0.

Continue Reading

Previous: 132 pasangan sertai Kejohanan Pickleball anjuran SEDC di Kuching
Next: Ow Yong Jin Kuang juara 21KM Lelaki Terbuka Separuh Maraton Sarikei 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.