Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek Tukun Fasa 2 perkukuh ekonomi nelayan Mukah
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek Tukun Fasa 2 perkukuh ekonomi nelayan Mukah

Utusan Sarawak 2 days ago
Royston Valentine berucap semasa perasmian Sesi Libat Urus SFC bersama pemegang taruh di Dewan CENTEXS Mukah, semalam. Foto UKAS

MUKAH: Projek Rakyat Tukun Fasa 2 yang dilaksanakan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) diyakini mampu memperkukuh sektor perikanan sekali gus meningkatkan pendapatan nelayan di kawasan Mukah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, sektor perikanan merupakan salah satu tulang belakang ekonomi masyarakat Mukah, sama ada bagi nelayan sungai mahupun nelayan laut.

“Sektor perikanan adalah salah satu sektor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi penduduk di Mukah bermula dari nelayan sungai hinggalah kepada nelayan laut,” katanya ketika merasmikan Sesi Libat Urus SFC bersama pemegang taruh di Dewan CENTEXS Mukah, semalam.

Royston turut menekankan bahawa Projek Bebola Terumbu yang menjadi sebahagian daripada usaha pemuliharaan marin bukan sahaja melindungi ekosistem laut, malah telah membawa nama Sarawak ke peringkat antarabangsa.

Menurutnya, pengiktirafan daripada Yayasan Bebola Terumbu Amerika Syarikat terhadap Sarawak kerana berjaya membina terumbu karang buatan terpanjang di dunia merupakan bukti keberkesanan inisiatif ini.

Program libat urus berkenaan menjadi platform penyelarasan pandangan antara SFC, komuniti nelayan, agensi teknikal dan pihak berkepentingan lain agar pelaksanaan projek berjalan lancar serta memberi manfaat optimum kepada rakyat. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dewan Serbaguna SK Kapit dirasmikan, ruang aktiviti untuk sekolah dan komuniti
Next: Aktiviti sukan, riadah perkukuh perpaduan komuniti luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.