Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemuda SUPP persoal DAP kritik logo AirBorneo
  • TEMPATAN

Pemuda SUPP persoal DAP kritik logo AirBorneo

Utusan Sarawak 16 hours ago
KETUA PEMUDA SUPP PUSAT, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie.

SIBU: Selepas isu reka bentuk kad kredit Affin Bank yang menggunakan spesies kenyalang dipertikaikan, kini logo terbaharu AirBorneo bertemakan ‘Sayap Perpaduan’ pula menjadi sasaran kritikan.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pusat, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie, mempersoalkan sampai bila Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan terus bersikap terlalu cerewet terhadap hal-hal simbolik sedangkan banyak perkara lebih penting perlu diberi perhatian.

“Dalam mana-mana pertandingan kreatif, reaksi beremosi itu perkara biasa kerana ia membuktikan orang ramai mengambil peduli. Namun, tidak wajar setiap masa dijadikan isu besar,” katanya merujuk kepada bantahan Setiausaha DAPSY Sarawak, George Lam terhadap logo AirBorneo tersebut.

Menurutnya, menukar penilaian kreatif kepada medan perbalahan politik hanya merugikan semua pihak.

“Saya tahu mereka akan membalas, tetapi saya perlu bersuara menentang kecenderungan DAP dan pemudanya yang sering mengkritik perkara remeh sehingga menjejaskan dialog yang lebih membina. Apa yang mereka lakukan hanya menimbulkan persoalan mengenai keutamaan parti itu sendiri,” tegasnya.

LOGO AirBorneo.

Beliau menambah, pertandingan kreatif sememangnya mengundang pandangan berbeza dan bersifat subjektif, malah para pereka biasanya mencurahkan idea terbaik mereka kerana yakin hasilnya yang paling baik.

“Normal, sihat dan tidak dapat dielakkan jika ada ketidaksetujuan. Tetapi mendesak sesuatu rekaan mesti memenuhi piawaian politik atau spesies yang tepat adalah keterlaluan,” ujarnya.

Katanya, pertikaian mengenai logo ‘Sayap Perpaduan’ dan motif kenyalang sebelum ini mencerminkan kecenderungan DAP di Sarawak yang lebih gemar mencari kesalahan berbanding memberi ulasan membina.

“Corak ini jelas, mereka seolah-olah lebih suka mengalihkan perhatian kepada rasa curiga daripada memberi pandangan yang konstruktif,” katanya.

Beliau menggesa agar semua pihak menghargai karya para pereka, termasuk logo ‘Sayap Perpaduan’ serta motif kenyalang Affin Bank.

“Kalaupun kita mahu menambah baik, janganlah terlalu suka membangkang perkara kecil. Ada cabaran lebih besar yang memerlukan perhatian kita,” kata beliau.

Tegasnya, logo ‘Sayap Perpaduan’ harus menjadi simbol perpaduan bukan sahaja untuk rakyat Sarawak, malah seluruh Borneo. 

“Malah, dengan semangat kesatuan itu juga, AirBorneo mampu melangkah ke persada antarabangsa sebagai kebanggaan Borneo,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak tetap PGK baharu RM1,198 bagi perluas bantuan
Next: Hubungan kepimpinan negeri, pasukan keselamatan diperkukuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.