Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan FBM KLCI dijangka teruskan momentum meningkat minggu depan
  • BISNES

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka teruskan momentum meningkat minggu depan

Utusan Sarawak 8 hours ago

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu hadapan, disokong oleh prospek positif pasaran tunai, kata penganalisis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata tumpuan pelabur pada minggu hadapan akan terarah kepada beberapa indikator ekonomi penting yang akan dikeluarkan.

Beliau berkata ini termasuk keuntungan industri China setakat ini bagi 2025 dan Indeks Pengurus Pembelian (PMI), serta tuntutan awal faedah pengangguran di Amerika Syarikat.

Beliau berkata di peringkat domestik, indeks penanda aras itu telah melepasi paras psikologi 1,600 seketika pada Jumaat namun gagal mengekalkan momentumnya.

“Sekiranya indeks itu dapat mencecah di atas paras 1,600, ini berkemungkinan membuka laluan kepada paras rintangan seterusnya 1,620. Bagaimanapun, indeks penanda aras kini berada dalam keadaan terlebih jual.

“Jadi,  kami tidak menolak kemungkinan pengambilan untung berlaku dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama.

Berasaskan mingguan, Ogos 2025 dan Disember 2025 masing-masing meningkat 27.0 mata kepada 1,604.0 dan 1,582.5; September 2025 naik 26.5 mata kepada 1,582.5, manakala Mac 2026 menokok 24.5 mata kepada 1,564.5.

Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 30,751 lot daripada 39,969 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 45,470 kontrak daripada 44,964 kontrak.

Secara mingguan, FBM KLCI naik 21.23 mata kepada 1,597.47 pada Jumaat daripada 1,576.34 yang dicatatkan pada minggu lepas.– Bernama

Continue Reading

Previous: PCDS 2030: Sarawak rancang bina 20,000 unit rumah mampu milik
Next: Ringgit dijangka terus mengukuh minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.