Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Beberapa jalan utama di Sarikei ditutup sempena Separuh Maraton Tuanku Haji Bujang Sarikei 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

Beberapa jalan utama di Sarikei ditutup sempena Separuh Maraton Tuanku Haji Bujang Sarikei 2025

Utusan Sarawak 15 hours ago
INFOGRAFIK dari MDS berkenaan masa dan lokasi penutupan jalan. 

SARIKEI: Beberapa laluan jalan utama di sini akan ditutup secara berperingkat sempena penganjuran Separuh Maraton Tuanku Haji Bujang Sarikei 2025.

Menurut pengumuman Majlis Daerah Sarikei (MDS), penutupan jalan melibatkan jalan-jalan di kawasan bandar dan negeri, dan akan bermula pada 12.00 tengah malam ini, mengikut jadual rasmi serta keperluan kawalan keselamatan.

“Penutupan jalan melibatkan jambatan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Jalan Pasi – Sibu/ Tanjung Manis, Jalan Meranti, jambatan Sungai Nyelong, Jalan Nyelong By Pass, Jalan Repok, Jalan Masjid Lama, Jalan Baji-Sentebu dan jambatan Sarikei (jambatan ke Kampung Seberang).

“Turut ditutup adalah Jalan Nyelong, Jalan Market dan Jalan Getah untuk penyediaan pentas bermula 12.00 tengah malam hingga 10.00 pagi. 

“Manakala, jalan jambatan akan ditutup dari 3.00 pagi hingga 6.00 pagi untuk pemasangan sistem pemasaan titik semak (check point),” katanya dalam satu pengumuman. 

Tambahnya, turut ditutup adalah tempat letak kenderaan di dalam Dewan Suarah Sarikei dan kawasan sekitarnya. 

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan baik. Utamakan laluan alternatif sepanjang tempoh tersebut. 

“Maklumat penuh mengenai masa dan lokasi penutupan boleh dirujuk dalam infografik yang disediakan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 50 kontinjen bakal sertai perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sibu
Next: Projek jalan di Bintangor dipergiat di bawah RTP 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.